BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

program TUKAR untuk kedai runcit

nofa

Active+ Member
Messages
2,727
Joined
Jul 13, 2007
Messages
2,727
Reaction score
9
Points
25
salam kepada semua, mari kita bincang mengenai program TUKAR untuk kedai runcit

* mcm mana nak mohon?
* apa benefit nya?

kalau ader sesaper yang tahu atau yang dah pun masuk program ni share2 lah kat sini
 
BERITA
Jumaat Jun 24, 2011
Tempoh Pinjaman Peruncit Program 'Tukar' Dipanjangkan Sehingga 15 Tahun - Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Peruncit tradisional yang terlibat dalam program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) kini diberi bantuan pinjaman sehingga 15 tahun, berkuat kuasa Khamis.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program itu, yang diadakan dengan kerjasama Bank Rakyat, masih menawarkan pinjaman sebanyak RM60,000 namun tempoh bayaran balik dilanjutkan sehingga 15 tahun berbanding tujuh sebelum ini.

"Selain bertujuan untuk meringankan beban peruncit dan memberi masa agar peruncit dapat mengukuhkan kewangan mereka, kita harap lebih ramai peruncit berminat untuk menyertai projek TUKAR ini," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan empat pengendali pasar raya di sini Khamis.

Mereka akan bertindak sebagai konsultan membantu kerajaan melatih peruncit mengamalkan pengurusan perniagaan yang moden dan cekap bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Empat syarikat itu ialah Aeon Co (M) Bhd, Econsave Cash and Carry Sdn Bhd, Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

Ismail Sabri berkata sehingga kini sebanyak 62 kedai runcit tradisional berjaya ditransformasikan dengan bantuan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Carrefour Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang bertindak sebagai konsultan.

"Semua kedai runcit yang dimodenkan telah mengalami peningkatan jualan yang amat memberangsangkan dengan purata jualan meningkat sehingga 30 peratus bagi setiap kedai," katanya.

Selain itu, beliau berkata projek TUKAR dijangka mampu menyumbang sebanyak RM5.56 bilion kepada Pengeluaran Kadar Negara dan mewujudkan 51,540 peluang pekerjaan melalui penglibatan 5,000 kedai runcit moden menjelang 2020. - BERNAMA
 
tempat aku org boikot kedai ni...ahaha..xtau pasai pa..
 
mmg dah ade kedai bau bleh TUKAR ker?


Download PDF explaination TUKAR kat sini.. semua lengakp dia kasi tau..


kena ada kedai runcit yang dah buka selama sekurang-kurangnya 2 tahun.. kedai pula, mesti ada standard dia.


 Perniagaan 100% milik tempatan (milik tunggal, perkongsian atau Sdn
Bhd).
 Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
 Mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah untuk
mengusahakan kedai runcit.
 Pemilik kedai runcit berumur 23 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun.
 Kedai runcit telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.
 Keluasan kedai runcit tidak melebihi dua pintu kedai atau 2500 kaki
persegi
 Perniagaan 100% milik tempatan (milik tunggal, perkongsian, Sdn Bhd).
 Berdaftar dengan SSM.
 Mempunyai lesen PBT yang sah untuk mengusahakan kedai runcit.
 Pemilik kedai runcit berumur 23 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun.
 Kedai runcit telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
 Keluasan kedai runcit tidak melebihi dua pintu kedai atau 2500 kaki
persegi.
 Pengusaha mempunyai rekod yang baik dengan institusi kewangan.
 Mengemukakan salinan penyata akaun bank tiga bulan terkini.
 Permohonan perlu disertakan bersama gambar premis kedai runcit sedia
ada. (Gambar menunjukkan pandangan dari luar dan dalam premis
perniagaan)

TUKAR ni dia akan standardize dari segi warna kedai, barang barang yang dijual dalam tu, signboad dan beberapa aspek lain. Jadi
 
terima kasih seri jaten... info yang sangat2 berguna:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register