BTC USD 84,948.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Score A

dengar kata ramai duke2 dan marquis one team (friendclub 8282 dan sekutunya) dah masuk Score A nie....betul ker?

rasanya saya kenal sgt dgn gelaran duke n mq tu.. sya pun pernah involved dlm team tu.. well...
 
kawan ko tu tipu ja..mmg MLM sebenarnya...aku pon x minat dgn MLM..in fact mmg yg org mesia ni dah skeptikal dgn MLM...tapi bile aku p priview dia..aku tertarik dgn produk ni...superb jugaklah...n skrang ni tgh di upgrade system die (bukan sebelum ni x bagus) cume nak tambah beberapa feature baru.latest feature pgrm ni i-Teacher...so far yang aku tahu nanti ade e-pendidikan islam, e-bahasa arab n kindergarten so market pgrm ni akan bertambah..dari budak2 sekolah sampailah makcik2 yg nak belajar bahasa arab...daripada hny boleh anak2 kite yg gune..skit mase lagi kite pon bleh gune...aku ade juga researh kat forum2 lain..mmg diorg pon stuju programme ni bagus...cume ade yg kate mahal bende ni...actly x pon klu nak compare dgn rokok yg korang beli tu...anyway pgi je dulu priview diorang...klu kat kl n lembah klang hari2 ade...n mmg akan penuh bilik seminar tu..x caya korg bleh pg..free je pon...kat tempat lain aku x sure...mgkin ade kot skali smggu...nak tau detail klik ja signature aku kat bawah..:)

MLM jugak ye...cari org bawah ramai2 jd kaye laaa :D
 
kenapa program score A ni dlm Suspicious Business/Scheme Activities ..bukan ada semua sijil, ajl & panel syariah
 
a'kum kepada semua warga NG disini...

tak salah kalau anda blanjekan beberapa ratus ringgit stahun untuk anak-anak jadik pandai, daripada beribu-ribu ringgit habis untuk tujuan pendidikan tetapi tidak tahu selok belok cara yang berkesan.
ini adalah salah satu pemangkin kenapa kerajaan ingin menguatkuasakan pembelajaran secara online, kerana jumlah informasi yang boleh diletakkan secara online adalah infiniti.
saranan dan penekanan kerajaan dalam bidang ICT pada tahun 1999 telah disahut oleh sebuah syarikat bumiputra, kenshido international sdn bhd, syarikat bumiputra tapi letak name syarikat mcm name jepon, sebab utama nak ikut sifat kerajinan orang-orang jepun. itu sahaje dan tiada alasan lain.
syarikat ini telah buat research and development untuk wujudkan satu produk bernama score a programme. yang terdahulunya dikenali sebagai edu2u portal.

kini syarikat ini telah berkembang dengan maju, kalau diselidiki dengan betul2, produk ini telah digunapakai oleh majoriti sekolah bistari dimalaysia, SBP, MRSM, dan sekolah private lain. bukan setakat sekolah yang mencadangkan ibubapa untuk memiliki produk ini malahan PIBG Nasional telah mengeluarkan surat mengesyorkan penggunaan produk ini. sokongan padu oleh persatuan ibubapa dan guru-guru serta kerajaan dan tidak lepas juga sekolah-sekolah yang telah terlibat dalam program ini telah menyumbang kepada rakyat malaysia bahawa score a progam ini sangat berkesan.

jika tuan dan puan, abang dan kakak merasakan jumlah pembayaran untuk melanggan produk ini adalah mahal, pikirlah baik2...mahal ke kalau sehari tak smpai 2 ringgit kosnya?
memang saya stuju jika anda kata "bayaran tu bukan ansuran, tapi sekaligus" tapi bila anda membeli belah? kenapa tak pikir puas2 sebelum membeli? kenapa bila modal untuk pendidikan diambil kira dari pelbagai aspek? relevankah alasan itu untuk menjayakan kehidupan anak2?

score a programme yang terkenal melalui e-Learning, telah membuktikan kebolehan produk ini, dengan testimoni TERBUKTI oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, 93% daripada pelajar2 yang menggunakan produk ini telah mendapat straight A's dalam UPSR dan PMR.
bila lagi anak anda?
untuk ibubapa yang ingin mecari peluang memperoleh pendapatan melalui program ini. silalah ke preview kami. untuk memahami tentang produk dan bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui produk ini.
serupa dengan slogan kami "anak-anak score a, ibubapa score RM"
pernah seorang bapa ckp dengan saya "eh? ni kan yang pasal anak score a, ibubapa score RM?, taknak lah...MLM ni..."
bagi mereka yg tidak tahu apa2, saya mohon sangat jangan memburukkan nama syarikat, lebih-lebih lagi pabila syarikat kami, satu-satunya syarikat MLM yang mempunyai sijil kepatuhan syariah, dimana 2 orang panel syariah dari bank muamalat telah diupah untuk menyelidik tentang plan pemasaran kami.
mereka juga telah dilantik sebagai panel syariah untuk syarikat kami dengan tujuan, untuk memantau segala perjalanan plan pemasaran kami tidak tersasar dari landasan syariah agama islam.

itupun, masih ada yang kata "ULAMA MALAYSIA BOLEH DIBELI LA..."
masyaAllah...tak tahu nak ckp ape...seolah-olah tiada kepercayaan terhadap agama sendiri...wallahualam...ini bukan soal yg remeh temeh lagi. saya tak berani kata apa2 isu "ulama malaysia boleh dibeli" ia terlalu sensitif.

adakah tuan puan tahu apakah GPMS? ia brmaksud, gabungan pelajar malaysia semenanjung. persatuan ini terdapat disemua universiti2 di semenanjung malaysia. baru2 ini, GPMS bersama score a programme telah memperkenalkan Program Keusahawanan bersama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, telah mengesyorkan warga2 universiti untuk mengikuti program keusahawanan score a programme ini.
pendapat saya, tidak dapat dielakkan pelajar universiti sekarang daripada berminat tentang perniagaan berbilang tingkat yng dapat menjana pendapatan yg lumayan. tapi oleh kerana kurang ilmu dan didikan tentang MLM ini, saya mengesyorkan kepada semua, pilihlah Score A Programme ini, kerana apa lagi yang nak diragui? dah ada sijil kepatuhan syariah untuk pelan pemasaran masih ingin ragu lagi?
wallahualam...bila dberi peluang untuk menjana pendapatan yg lumayan, anda bagi 1001 alasan, tapi bila susah, 1001 usaha dilakukan untuk jana pendapatan lumayan, tapi malangnya, TAK KENE TEMPAT...bilakah nak berubah mcm ni?

saya adalah seorang yg tidak pernah mengikut apa2 program MLM, ini adalah kali pertama, sebab bila kaji selidik tentang kenyataan syarikat, saya dapati tiada kesalahan sedikt pun,
Kenshido berkata, kami ada 2 panel syariah
kami mempunyai MoU dan MoA dengan ban muamalat mengenai pinjaman tawaruq KHUSUS UNTUK SCORE A PROGRAMME, untuk membantu rakyat malaysia yang berhutang disamping menjana pendapatan
saya pergi bank muamalat di kajang, sebelah courts mammoth, seorang kerani yg bertugas untuk pinjaman tawaruq, saya ingat lagi nama die Pn.Azura, die ckp "Oh, pinjaman tawaruq dengan syarikat kenshido? ada, encik berminat ke?" dan "ye panel syariah kami memang telah dilantik dan diupah sebagai panel syariah untuk syarikat ini jugak, memang sah halal plan pemasarannya"
malangnya, saya tidak layak untuk buat pinjaman tersebut...tapi??? apa yg saya nak tekankan?? kenyataan oleh syarikat adalah betul.......
apa lagi?
mereka kata, testimoni plajar straight A's? saya dah check salah satu buat sekolah, Sekolah Sains selangor, yes, mereka guna produk ini, mereka hampir setaraf dengan Tunku Kurshiah College. sebab tu la ex-pengetua TKC, Cikgu Rokiah Alias, merasa tidak puas hati, die seldik2, dan akhirnya, dia sendiri sokong produk ini, dan memberikan kesimpulan 6P.

banyak lagi perkara2 tentang score a yang ingin saya cerita, mengapa dan bagaiman pada awalnya saya terbuka untuk join sekali.
saya berharap, anda semua turut serta sekurang2nya, pergi sahaja preview, taknak join tak ape...tapi yg penting, persepsi anda terhadap kami berubah

kalau tuan dan puan, abang dan kakak, ingin tahu lebih lanjut, boleh ke scorea-on9edu.blogspot.com untuk tahu lebih lanjut, kelebihan produk kami, kekuatan produk kami, siapakah kami, apakah score a program, macam mana ingin jana pendapatan dengan syarikat kami dan akhir sekali, bagaimana score a programme ini BOLEH DAPAT SIJIL KEPATUHAN SYARIAH.

wassalamualaikum....
 
program ni mmg giler la.. kawan aku yg baru start pun skang income dia boleh maintain 16k sebulan aku yang aktif dengan clickbank pun boleh kalah... lepas raya ni aku nak tengok preview.. papehal nanti ada update aku bg tau kat sini.. serius aku mmg anti MLM tp bila baca detail2 kat sini.. aku berminat pulak .. papehal aku roger lagi kat sini.. salam... thanks yer atas semua info yg diberi kat sini..
 
Salam lebaran

lebaran+2010+web1.png


Salam semua.. berhari raya nnt sambil2 lah kita berkongsi2 rahsia kejayaan anak2/anak jiran/ank buah/ank kwn2/sesiapa sahaja sesama sendiri dgn menggunakan produk keluaran Kenshido ini. testimoni dh melambak d tunjukkan.. plan pembayaran mudah dh berjenis2 d bincangkan, pengesahan dlm undang2, malah dlm hukum Syariah jg dh berbuih d terangkan... apa tunggu lg?... duit raya ank2 tu apa kata kita pakat bersama ank2 untuk laburkan dlm pendidikan mereka jg.. kali ni bkn dgn membeli buku.. tp sertai pakej pembelajaran hebat kami.. hubungi saya walau d mana anda berada biala masa sj..:)

Kenal perenang muda kebanggan negara Low Xue Ting? Beliau merupakan pelajara Aliran Sains tulen d SMK.... ada yg teringin nk tau apa yg Low Xue Ting buat untuk SPMnya thn ni? Hubungi saya n jika anda bertuah, beliau sendiri akn beritahu rahsianya:D
 
salam sejahtera semua

Harga Pakej Score A Programme™

Semua pelajar Score A Programme™ mesti memiliki 1 eReport Card (Personal ID) setiap seorang
Nota: eReport Card dan kod tambah nilai
1 Personal ID, berharga RM50
1 kod tambah nilai mengandungi had tempoh pembelajaran untuk 3 bulan sahaja. Berharga RM198 (ahli), dan RM248 (bukan ahli), untuk pembelajaran satu keluarga.
Score A Programme™ menyediakan beberapa pakej langganan pembelajaran yang sangat menguntungkan

Pakej bukan ahli
A- RM298
- 1 eReport Card dan
- 1 kod tambah nilai.

B- Rm596
- 2 eReport Card dan
- 2 kod tambah nilai.


Nota: 1 set SAP mengandungi 2 eReport Card dan 2 kod tambah nilai berharga Rm596

Pakej ahli (Pakej Jimat)

C- eBiz – Rm796 (12 bulan) (Diskaun 33%)
- 2 set SAP

D- e-Partner Premium – Hanya Rm2,488 (Diskaun 37%)
- 5 set eBiz (5 x Rm796 = Rm3,980)

E- e-Entrepreneur Premium – Rm6,888 (Diskaun 42%)
- 15 set eBiz (15 x Rm796 = Rm11,940)
- Percuma 6 keping DVD, 400 leaflets, 5 success module – berharga Rm418

Nota: Pengiraan Kos Pembelajaran Score A Programme™

Kos 1 pelajar sebulan untuk purata 7 subjek nisbah 3 bulan (7:90)
Jika 7 subjek, maka Rm298 bahagi 7 = Rm42.57 bagi 1 subjek untuk 3 bulan
Jika sebulan, Rm42.57 bahagi 3 = Rm14.19 bagi 1 subjek dalam 1 bulan
Jika sehari, Rm14.19 bahagi 30 = Rm0.47


Rm0.47 untuk seorang pelajar memiliki pencapaian SEMUA A dalam peperiksaan? Tak tau lah nak cakap kalau itu masih dianggap MAHAL…

Ada 1 anak = RM298 / 3 bulan / 1 orang = RM99.33 sebulan
Ada 2 anak = RM596 / 6 bulan / 2 orang = RM 49.66 sebulan
Ada 3 anak = RM596 + 50 / 6 bulan / 3 orang = RM 35.88 sebulan
Ada 4 anak = RM596 + 100 / 6 bulan / 4 orang = RM 29.00 sebulan
Ada 5 anak = RM596 + 150 / 6 bulan / 5 orang = RM 24.86 sebulan

Berbaloi – baloi murahnya Score A Programme™ ni!!!
Lebih murah daripada harga melanggan pakej Astro yang termurah!
Renungkan kos yang anda tanggung kini.
Cuba anda kira bil tuisyen 1 subjek + bil buku rujukan + latih tubi + kos pergi dan balik tuisyen (minyak kereta + duit saku) + pembaziran masa dan tenaga dalam perjalanan. Seorang anak untuk 3 tahun tuisyen 2 subjek sahaja sudah mencecah Rm19,000. Kos yang lain – lain tu? Pernah anda terfikir? Adakah berbaloi? Jadilah ibu bapa yang bijak... Daftar sekarang..

Semoga Kita Semua Jadi Usahawan bergelar Jutawan yg Beriman... Amin ya rabbal alamin...
 
Back
Top
Log in Register