BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Prihatin 1Malaysia Perkasa Peranan Kerajaan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
BACHOK, 20 Nov -- Dalam usaha memperluaskan peranan menyalurkan perkhidmatan kepada rakyat, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengambil inisiatif buat julung kalinya melaksanakan Program Prihatin 1Malaysia, di Kelantan.

Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan dan Pengerusi Penganjur Program Prihatin 1Malaysia, Ramly Yusoff berkata program itu membabitkan kerjasama 13 jabatan kerajaan di bawah KPKK dan jabatan kerajaan yang lain untuk melaksanakan pelbagai program kepada rakyat.

"Tujuan program ini adalah untuk turun menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih dekat seterusnya memperkasakan lagi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Prihatin 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Telaga Ara di sini oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Ramly berkata program berkenaan juga akan menjadi medium kepada kerajaan menjelaskan kebaikan dan fungsi Gagasan 1Malaysia yang sebelum ini menerima tohmahan pihak tertentu.

Pada majlis itu, KPKK, Radio Televisyen Malaysia Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Khas Kelantan, Jabatan Kebudayaan Kelantan, Jabatan Kesihatan Kelantan, Jabatan Pertahanan Awam Kelantan, Universiti Malaysia Kelantan, dan Giat Mara Kelantan, mengadakan pameran serta perkhidmatan percuma kepada penduduk, antaranya pemeriksaan kesihatan percuma dan servis motosikal percuma.
 
Back
Top
Log in Register