BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Program Penempatan Semula Penghuni (PPSP)

Rizz one

Active+ Member
Messages
3,931
Joined
Jul 7, 2008
Messages
3,931
Reaction score
42
Points
30
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua warga Carigold.

Program PPSP adalah salah satu program Jabatan Penjara Malaysia bagi mengurangkan kadar residivis dikalangan bekas penghuni.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada bekas penghuni mendapatkan pekerjaan dan tempat tinggal selepas dibebaskan.

Peratusan kadar residivis penghuni adalah sangat tinggi pada tahun 2019. Bagi mengelak berlakunya situasi sedemikian, diwujudkan satu jawatan Pegawai Penempatan Semula (PPS) di institusi penjara untuk menggalas cabaran dan tanggungjawab mengatasi masaalah residivis dalam kalangan bekas penghuni.

PPSP merupakan transformasi pemulihan bagi memperkenalkan pembaharuan dengan memberi sokongan kepada semua penghuni yang telah dibebaskan. Pewujudan PPSP ini memerlukan kerjasama dari semua pihak, Majikan, NGO, Syarikat-Syarikat Swasta dan Masyarakat setempat dalam membantu bekas penghuni membina semula hidup mereka untuk kembali semula kepada masyarakat.

Disini, saya selaku Pegawai Penempatan Semula, menyeru kepada mana-mana Syarikat Swasta, NGO, Majikan serta masyarakat setempat bekerjasama dalam memberikan peluang pekerjaan kepada bekas penghuni dalam apa jua sektor pekerjaan, pertanian, perladangan, perikanan, perindustrian, pembuatan, pembinaan mahupun restoran yang memerlukan pekerja.

Mana-mana pihak yang mengambil bekas penghuni bekerja akan diberi pelepasan cukai berdasarkan WARTA KERAJAAN P.U.(A) KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENGAJIAN WARGA EMAS, BEKAS BANDUAN, ORANG DIPAROL, ORANG DISELIA DAN BEKAS PENAGIH DADAH) 2019

BANTUAN ANDA AMAT-AMAT SAYA HARGAI.

Sekira Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan program ini, sila berhubung dengan PPS Ridzuan Bin Abu Bakar di talian 05-4181818 ext unit ppstapah/ 012-9245156


Saya yang menjalankan amanah,
Ridzuan Bin Abu Bakar
Pegawai PPS Penjara Tapah
PERAK,
 
Kami mencari Ngo2, Syarikat2 swasta atau Restoran yang memerlukan tenaga pekerja di Negeri Perak, sila hubungi no yang tertera di atas.

Terima Kasih,
 
Sekiranya ada majikan yg memerlukan pekerja, boleh berhubung dengan saya .
 
Back
Top
Log in Register