BTC USD 84,092.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Matrikulasi

Matrikulasi


LATAR BELAKANG

1.0 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Kini untuk sesi pengambilan 2009 / 2010 penggunaan PMI telah meningkat kepada 80 peratus daripada jumlah permohonan berbanding dengan permohonan secara manual ( PSM ).

2.0 KONSEP

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

3.0 TEMPAT PENGAJIAN

Program Matrikulasi ini dijalankan di 12 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.
 
pendapat aku...

matrix bagus utk dapatkan degree dgn pantas. ni je kebaikan yang aku tgk :D

tapi kalau ada diploma + degree, jauuuuh lagi baik. banyak option cari kerja.
 
hehe..aku tujukan kat dak tu je..
tetibe lak hangin tak tentu pasal ngan aku,
aku nak bincang pasal matrik,bukan nak bincang tak sedar diri ke ape..

xpe mungkin dia salah faham tu.. apapun thread ni bagus utk support hala tuju junior2 kita nanti..
 
penah ada orang cakap gini.

SIJIL MATRIX : senang masuk U, tapi takleh guna untuk cari kerja.

SIJIL STP/DIP : susah masuk U, dengan alasan sijil yang ada sudah boleh digunakan untuk cari kerja. biasanya U akan terima kelayakan yang tinggi sahaja dan keutamaan diberi kepada pelajar matriks kerana sijil matriks takleh cari kerja.
 
penah ada orang cakap gini.

SIJIL MATRIX : senang masuk U, tapi takleh guna untuk cari kerja.

SIJIL STP/DIP : susah masuk U, dengan alasan sijil yang ada sudah boleh digunakan untuk cari kerja. biasanya U akan terima kelayakan yang tinggi sahaja dan keutamaan diberi kepada pelajar matriks kerana sijil matriks takleh cari kerja.

jawapan macam ni la aku nak carik..
erm..so kengkawan yang amik stpm dulu,
memang susah ek nak masuk u?:-?:-?
 
xpe mungkin dia salah faham tu.. apapun thread ni bagus utk support hala tuju junior2 kita nanti..

berkenaan pengiktirafan sijil matrik memang JPA tak beri pengiktirafan pun...STPM yang diiktiraf bayangkan kalau kauorang dpt kerja yang macam penolong pegawai,memang tak lepas (JPA iktiraf STPM dan Diploma jer)...kalau pegawai okler sebab kelayakan ijazah.:">
 
aku salah sorang lepasan Matrik Melaka....1st batch kat KMM....takde masalah pun bg aku matrik nie.....tetap dapat ilmu...cuma bg yg kantoi kat matrik....mmg rugi la....:)cgrock
 
saya ialah senior kamu.
ex-kmm, 1st batch, 99/00 :)
kuhik...demo ngan kawe samo batch la....demo stay KMM ko?dok transfer?mesti demo kenal kawe....hahaha....
 
Back
Top
Log in Register