BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program MADANI Kita Jadi Platform Kerajaan Beri Kefahaman Isu Semasa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Program MADANI Kita Jadi Platform Kerajaan Beri Kefahaman Isu Semasa​

223e52e00e74f4d83acd605b743da1216a6f149235f82

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyantuni penduduk setempat pada Program MADANI Kita Bersama-sama Komuniti Kota Raja di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 28, Shah Alam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Program MADANI Kita (PMK) menjadi platform kerajaan untuk memberi kefahaman kepada rakyat mengenai isu semasa sekali gus memastikan maklumat yang tepat disampaikan kepada masyarakat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata selain bertujuan membawa pelbagai perkhidmatan kerajaan lebih dekat dengan masyarakat, program itu berperanan memberi pemahaman tentang dasar dan inisiatif kerajaan secara lebih jelas.

“Contohnya berhubung laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH), anggotanya bukanlah terdiri daripada orang politik.

“Penerangan berhubung isu berkenaan perlu menggunakan ayat yang mudah untuk rakyat faham... biar rakyat faham apa yang berlaku dalam TH,” katanya ketika berucap merasmikan PMK Bersama-sama Komuniti Kota Raja di Dewan MBSA Seksyen 28 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif Kementerian Komunikasi Datuk Bahria Mohd Tamil serta Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Dalam pada itu, Mohamad berkata program berkenaan turut menghimpunkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri di bawah satu bumbung dalam usaha membawa perkhidmatan yang lebih dekat dengan masyarakat.

“Pengisian program hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum melalui aktiviti yang turut disusun termasuk perlawanan bola sepak, pertandingan e-sukan serta aktiviti kebudayaan yang mencerminkan kepelbagaian warisan masyarakat di Selangor,” katanya.

Sementara itu, Bahria dalam ucapannya berkata keselamatan siber dan perlindungan pengguna khususnya kanak-kanak menjadi antara keutamaan Kementerian Komunikasi.

“Untuk itu, kerajaan tidak akan berkompomi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan platform digital yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

 
Back
Top
Log in Register