BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program khas jelaskan wang ihsan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JELI - UMNO Bahagian Jeli bersedia menggerakkan program penerangan mengenai wang ihsan yang diberikan Kerajaan Pusat kepada negeri Kelantan baru-baru ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abd. Aziz Derashid berkata, program penerangan yang akan digerakkan itu akan memberi kefahaman kepada rakyat negeri ini berhubung pemberian tersebut.

Menurutnya, menerusi program itu nanti pengetahuan rakyat akan lebih jelas selain faham kedudukan sebenar pemberian wang ihsan tersebut.

“Sasaran hingga ke akar umbi itu akan memberi kefahaman lebih baik menerusi program-program yang akan dirangka.

“Apa yang kita mahu ialah rakyat faham dan jelas tentang perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan penyampaian bantuan Program Kemiskinan Bandar (PPKB) di Bilik Gerakan, Jabatan Pembangunan Persekutuan Jajahan Jeli di Bukit Nangka, semalam.

Hadir bersama ialah Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Muhamad Hanifah Ab.Malik dan Pegawai Pembangunan Jajahan Jeli, Wan Muzani Wan Idris.

Abd. Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah berkata, dia sendiri akan memasuki kampung-kampung di parlimen ini memberikan penerangan lebih jelas kepada penduduk.

“Keperluan penerangan ini dilihat perkara perlu, dan rakyat tidak akan keliru dengan isu yang dimainkan pihak pembangkang apabila mereka faham tentang pemberian wang ihsan tersebut

“Program penerangan dan penjelasan ini pada masa yang sama, akan membantu rakyat memahami seterusnya menghargai pemberian Kerajaan Pusat ini,” katanya.
 
senang je kalo balik ke royalti...kasi kelate ni kat BN...tu jer diorang nak ...
 
Back
Top
Log in Register