combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,165
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,165
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Program Dron Di Sekolah Mampu Tarik Minat Pelajar Terhadap STEM
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang menyaksikan pertukaran memorandum Drone STREAM Lab Partnership di antara Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) K. Kumaresu (kiri) dan pengarah Asok Trading A. Arvindcran (kanan) ketika hadir pada Pelancaran Program Dron Bagi Murid Sekolah Rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Katoyang hari ini.
Teknologi dron mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menarik minat pelajar untuk mendalami bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.
Beliau berkata pendekatan pembelajaran berasaskan dron yang lebih interaktif dan menyeronokkan membantu menjadikan bidang STEM lebih dekat dengan pelajar, sekali gus menggalakkan mereka meneroka ilmu berkaitan sains dan teknologi.
“Pelancaran bilik dron di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Katoyang ini satu inisiatif yang kita harapkan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, pihak industri, komuniti dan institusi pendidikan.
“Ini satu model yang kita lihat boleh berjaya dalam membangunkan bakat STEM, STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Matematik) dan STREAM (Sains, Teknologi, Membaca/Menulis, Kejuruteraan, Seni, Matematik) bakat muda supaya lebih berminat dalam bidang-bidang berkaitan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bilik STEM SJKT Ladang Katoyang di sini hari ini.
Chang berkata selain dron dilihat sebagai teknologi yang menarik dan mudah didekati pelajar, penggunaannya melibatkan pelbagai kemahiran STEM termasuk pengekodan, kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan dan analisis data.
“Melalui dron, pelajar dapat melihat sendiri bagaimana teknologi digunakan dalam sektor pertanian pintar, operasi mencari dan menyelamat, pengurusan bencana serta pengangkutan udara.
“Pendedahan awal kepada teknologi dron penting bagi menyediakan generasi muda menghadapi perkembangan pesat industri berkenaan yang dijangka memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata pendidikan teknologi dron juga mampu menyediakan kerjaya profesional yang berpendapatan tinggi dalam industri itu yang semakin penting pada masa ini.