combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
SUNGAI PETANI, 22 Sept -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang melakukan gimik perasmian pada program Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Utara hari ini.
Beliau berkata kemasukan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berada pada kadar lebih 50 peratus tahun lepas, sekaligus menunjukkan keberkesanan program yang dilaksanakan bagi menarik minat pelajar terhadap bidang itu.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kemasukan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berada pada kadar lebih 50 peratus tahun lepas, sekali gus menunjukkan keberkesanan program yang dilaksanakan bagi menarik minat pelajar terhadap bidang itu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata penyertaan pelajar termasuk dari luar bandar di dalam program-program yang dianjurkan sangat menggalakkan, termasuk daripada masyarakat Orang Asli.
“Jadi sekarang seperti kita tahu memang penyertaan ataupun kemasukan ke aliran sains itu ia masih agak rendah kalau dibanding dengan permintaan, jadi kita kita perlu mula (memupuk minat kepada pelajar) daripada kecil.
“Sasaran kita supaya kita nampak ada pertambahan bilangan pelajar yang masuk ke aliran STEM, itu hasrat kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Utara di sini hari ini.
Chang berkata walaupun kemasukan pelajar ke dalam bidang STEM meningkat tahun lepas, namun ia masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan susulan peningkatan pelaburan di negara ini yang berasaskan teknologi.
Beliau berkata usaha dan program bagi menarik minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi akan terus diperkasakan, sejajar dengan sasaran meningkatkan kemasukan pelajar ke bidang STEM sebanyak 60 peratus.
“Seperti program Malaysia Techlympics, program ini telah mencatatkan secara purata hampir 1.4 juta penyertaan tahunan secara konsisten dan setakat hari ini bagi tahun 2025 pula, sebanyak 1.7 juta penyertaan telah berjaya direkodkan.
“Ini sudah tentu satu pencapaian yang membanggakan, seiring dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk menarik minat lebih ramai anak muda terhadap bidang STEM,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa kementeriannya komited untuk merapatkan jurang antara pelajar bandar dan luar bandar dalam mendapat akses dan pendedahan dalam bidang STEM.
Kemasukan Pelajar Dalam Bidang STEM Meningkat Susulan Program Pupuk Minat
MOSTI, STEM, sains, pelajar, MyPOWER