BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Affiliates berunsur Islamik : Dpein

Aku saran kan tt jgn join..serius scammer ni putar belit power..diorang tak kira dh semua benda yg boleh diorang guna utk yakin kan org termasuk la agama..
 
Effe:

Cuma ada program terbaru dari DPEIN .
Persatuan berdaftar.dgn Ros.
Bulan 11/2017
Bertujuan untuk menentang riba.. @ ekonomi capitaliz...
Baru launch puasa ni..
Apa yg di maklumkan , boleh menyelesaikan hutang dalam tak.kira berapa bnyak...ada calculator pengiraan..
Tapi plan dia mudah..cari ahli@berdakwah menentang riba... ajak join jadi ahli, dapat komisyen rm25/ahli..
Ahli hanya bayar setahun sekali...

Ni la contoh plan pengiraan dia...
*GAGASAN DAKWAH EKONOMI 3M*

*PENGENALAN GDE3M*

*GDE3M* diasaskan oleh En. Irwan Bin Alias. Beliau mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang Perniagaan, Keusahawanan, Kewangan. Saham Amanah, Takaful & Latihan Pembangunan Modal Insan dan motivator. Melalui pengalaman ini, beliau telah berjaya menyediakan satu pembentukan Pembangunan Ekonomi Ummah yang holistik bertetulang 3M iaitu Muslim, Mikro dan Makro yang berasaskan Al-Quran & As-Sunah melalui bentuk kaedah pembangunan islam ekonomi model yang berasaskan ilmu dan perniagaan jemaah dengan membawa keunikan terhadap pendapatan keuntungan pengagihan berbentuk Infaq dan Hibah, Penyelesaian Hutang, Penghapusan Riba, Pengukuhan Modal Tunai, Reka Bentuk Pengurusan Risiko dan Perancangan Kewangan kepada setiap ahli yang berdaftar.

*GDE3M* di perkenalkanoleh syarikat HMEO Services yang berpusatkan perniagaan konsultansi perkhidmatan. Di dukung oleh syarikat HMEO Agency Sdn Bhd selaku syarikat bertaraf pemasaran & Koperasi Rangkaian Global Malaysia Berhad yang berpusatkan perkhidmatan kewangan. Dibawah pelan perancangan pembangunan ekonomi MOEKRIM (Model Ekonomi Raudhah IMAN).

*GDE3M* telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat dalam pelbagai bidang perniagaan. Melalui pengalaman yang melebihi 20 tahun dalam bidang ekonomi dan pembangunan modal insan, dijangka pertumbuhan *GDE3M* akan membuka banyak perniagaan platform dan dapat mengubah landskap peluang perniagaan dan bentuk perniagaan di Malaysia.

*GDE3M* menyasarkan untuk melahirkan ramai umat muslim bergelar jutawan soleh menerusi perniagaan platform yang disediakan. Berteraskan perjuangan ekonomi Islam.

*GDE3M* juga menyediakan perniagaan berbentuk modal rendah, risiko rendah atau tiada risiko, keperluan perkhidmatan produk, perniagaan IT perniagaan konsep "SOHO", latihan sistem berbentuk praktikal dan fokus pada matlamat, sistem kursus keusahawanan yang ringkas, ringkas dan praktikal.

*GDE3M* bermatlamat menuntut tanggungjawab idea untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 3 juta ummah umat Islam di Malaysia di bawah satu ekonomi payung melalui rangkaian konsep serta perniagaan cara yang berbentuk "Affliate" untuk membangun kekuatan kuasa ekonomi dan kuasa beli pasaran dengan jemaah.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ustaz Lariba:

Program DPEIN sebelum ini adalah program HMEO dan sebelum itu adalah program Raudhah Iman. Mula2 guna program takaful ikhlas, last2 guna duit sebagai produk. Kalau ikut FB mereka dan surat pengasas, memang sedap guna ugama. Daripada RM100 yang setiap orang bayar mereka sapu at least RM50.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Effe :

Yer betul...raudhah iman..
Adakah program ini betul2 menentang riba, atau menggunakan agama menarik perhatian org islam untuk berdakwah menentang riba...
Atau scammer jew collect duit yuran ahli...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ustaz Lariba :

Scammer.

Tuan boleh search perbincangan mengenai Raudhah Iman dalam sini. Kami telah muzakarah dengan mereka pada Oct 2016.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut ialah antara perbualan didalam group lariba telegram mengenai dpein.

Astaghfirullah....... Patut lah pengasas DPEIN buat report polis....bukan main2 tuduhan ni...
 
Aku saran kan tt jgn join..serius scammer ni putar belit power..diorang tak kira dh semua benda yg boleh diorang guna utk yakin kan org termasuk la agama..

Kalau awk dah pergi, awak dah join, awak dah rugi, awak dah tertipu...


Then baru la komen mcm ni ye.
 
Aku saran kan tt jgn join..serius scammer ni putar belit power..diorang tak kira dh semua benda yg boleh diorang guna utk yakin kan org termasuk la agama..

Scammer putar belit fakta auta..

Itulah.. Nak buat benda baik pon salah.. Buat benda salah "ambik loan yang ada riba", boleh pulak ye?

Kami punyai niat,matlamat dan cara untuk kukuhkan ekonomi umat islam..

Bukan nk buang masa jadi scammer, putar belit, penunggang agama ajaran sesat dsbg..

Ada bukti kami scammer putar belit x?
 
Tora datang lg hati2 ngn penunggu g agama bnyk dh guna ayat cycle mcm nie last haprak.....
 
Scammer putar belit fakta auta..

Itulah.. Nak buat benda baik pon salah.. Buat benda salah "ambik loan yang ada riba", boleh pulak ye?

Kami punyai niat,matlamat dan cara untuk kukuhkan ekonomi umat islam..

Bukan nk buang masa jadi scammer, putar belit, penunggang agama ajaran sesat dsbg..

Ada bukti kami scammer putar belit x?
Kakwa bole bg pencerahan pasal nk perangi riba'tu x? N bukti kat mana yg ustaz lariba mtk maaf kat dpein tu.

Kalau pasal masuk tv..semua pun bole kalau buat bayaran. Kwn sy pun ada masuk tv promosi bisnes dia kakwa.

Saya bukan sinis..saya cuma nak tahu apa bisnes plan dpein ni. Saya cuma extra berhati2 sbb dah byk kali terkena..jadi sy perlukan ketelusan. Xsemua org dikurniakan kelapangan masa yg byk utk hadir seminar. Jadi bole cuba bagi overview sikit berkaitan bisnes plan terutama nak hapus hutang riba'tu. Sbb tu yg paling menarik minat sy..
 
Aku saran kan tt jgn join..serius scammer ni putar belit power..diorang tak kira dh semua benda yg boleh diorang guna utk yakin kan org termasuk la agama..
Aku amik pendekatan hati2 bos..huhuuu..sbb tu tanya umum cmni..xmau hentam..tp nakkan ketelusan..
 
Kakwa bole bg pencerahan pasal nk perangi riba'tu x? N bukti kat mana yg ustaz lariba mtk maaf kat dpein tu.

Kalau pasal masuk tv..semua pun bole kalau buat bayaran. Kwn sy pun ada masuk tv promosi bisnes dia kakwa.

Saya bukan sinis..saya cuma nak tahu apa bisnes plan dpein ni. Saya cuma extra berhati2 sbb dah byk kali terkena..jadi sy perlukan ketelusan. Xsemua org dikurniakan kelapangan masa yg byk utk hadir seminar. Jadi bole cuba bagi overview sikit berkaitan bisnes plan terutama nak hapus hutang riba'tu. Sbb tu yg paling menarik minat sy..

Bagus la sikap mcm ni..mmg kita kna berhati2... Mcm tu jgk DPEIN.. kna berhati2 menyampaikan info pd masyarakat...

Thats y kita open opis SETIAP hari.... Curi la 3-4 jam pergi seminar... Lg telus bila kita rujuk pd yg mengemudi...ikut masa masing2 nk dtg bila...kami susun jadual.

Tp klu nk direct kakwa explain, bnde tu bkn bleh explain dari tulisan.....kna explain sambil tunjuk grafik, tunjuk kitaran.. Tunjuk ulasan.

Sbb tu semua perunding nak sgt kalian p seminar dan tgk sndri...

Tp kalu rajin belek tafsir al-quran, marilah semak surah albaqarah, ayat 261.....
Dari situ lah kitaran kewangn terhasil.. Konsep dia mmg dari surah tu...

Kakwa bkn xnk explain telus kat sini. Tp bimbang ada yg nmpk kami ni MLM...petik surah, ckp penunggang agama plk... Ulas sini, spin sana...ulas sana cari salah sini.. Sudahnya bertelagah...

Kakwa lg suka borak kt wasap. Jom la wasap 0137739692.. Feel free nk borak psl DPEIN ni..
 
Kakwa bole bg pencerahan pasal nk perangi riba'tu x? N bukti kat mana yg ustaz lariba mtk maaf kat dpein tu.

Kalau pasal masuk tv..semua pun bole kalau buat bayaran. Kwn sy pun ada masuk tv promosi bisnes dia kakwa.

Saya bukan sinis..saya cuma nak tahu apa bisnes plan dpein ni. Saya cuma extra berhati2 sbb dah byk kali terkena..jadi sy perlukan ketelusan. Xsemua org dikurniakan kelapangan masa yg byk utk hadir seminar. Jadi bole cuba bagi overview sikit berkaitan bisnes plan terutama nak hapus hutang riba'tu.


Maaf, bukti mintak maaf tu xde....tp bukti polis report ada lah.. Nk tgk, wasap ye.

X reti kakwa nk tempek sini..
 
Back
Top
Log in Register