Effe:
Cuma ada program terbaru dari DPEIN .
Persatuan berdaftar.dgn Ros.
Bulan 11/2017
Bertujuan untuk menentang riba.. @ ekonomi capitaliz...
Baru launch puasa ni..
Apa yg di maklumkan , boleh menyelesaikan hutang dalam tak.kira berapa bnyak...ada calculator pengiraan..
Tapi plan dia mudah..cari ahli@berdakwah menentang riba... ajak join jadi ahli, dapat komisyen rm25/ahli..
Ahli hanya bayar setahun sekali...
Ni la contoh plan pengiraan dia...
*GAGASAN DAKWAH EKONOMI 3M*
*PENGENALAN GDE3M*
*GDE3M* diasaskan oleh En. Irwan Bin Alias. Beliau mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang Perniagaan, Keusahawanan, Kewangan. Saham Amanah, Takaful & Latihan Pembangunan Modal Insan dan motivator. Melalui pengalaman ini, beliau telah berjaya menyediakan satu pembentukan Pembangunan Ekonomi Ummah yang holistik bertetulang 3M iaitu Muslim, Mikro dan Makro yang berasaskan Al-Quran & As-Sunah melalui bentuk kaedah pembangunan islam ekonomi model yang berasaskan ilmu dan perniagaan jemaah dengan membawa keunikan terhadap pendapatan keuntungan pengagihan berbentuk Infaq dan Hibah, Penyelesaian Hutang, Penghapusan Riba, Pengukuhan Modal Tunai, Reka Bentuk Pengurusan Risiko dan Perancangan Kewangan kepada setiap ahli yang berdaftar.
*GDE3M* di perkenalkanoleh syarikat HMEO Services yang berpusatkan perniagaan konsultansi perkhidmatan. Di dukung oleh syarikat HMEO Agency Sdn Bhd selaku syarikat bertaraf pemasaran & Koperasi Rangkaian Global Malaysia Berhad yang berpusatkan perkhidmatan kewangan. Dibawah pelan perancangan pembangunan ekonomi MOEKRIM (Model Ekonomi Raudhah IMAN).
*GDE3M* telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat dalam pelbagai bidang perniagaan. Melalui pengalaman yang melebihi 20 tahun dalam bidang ekonomi dan pembangunan modal insan, dijangka pertumbuhan *GDE3M* akan membuka banyak perniagaan platform dan dapat mengubah landskap peluang perniagaan dan bentuk perniagaan di Malaysia.
*GDE3M* menyasarkan untuk melahirkan ramai umat muslim bergelar jutawan soleh menerusi perniagaan platform yang disediakan. Berteraskan perjuangan ekonomi Islam.
*GDE3M* juga menyediakan perniagaan berbentuk modal rendah, risiko rendah atau tiada risiko, keperluan perkhidmatan produk, perniagaan IT perniagaan konsep "SOHO", latihan sistem berbentuk praktikal dan fokus pada matlamat, sistem kursus keusahawanan yang ringkas, ringkas dan praktikal.
*GDE3M* bermatlamat menuntut tanggungjawab idea untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 3 juta ummah umat Islam di Malaysia di bawah satu ekonomi payung melalui rangkaian konsep serta perniagaan cara yang berbentuk "Affliate" untuk membangun kekuatan kuasa ekonomi dan kuasa beli pasaran dengan jemaah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ustaz Lariba:
Program DPEIN sebelum ini adalah program HMEO dan sebelum itu adalah program Raudhah Iman. Mula2 guna program takaful ikhlas, last2 guna duit sebagai produk. Kalau ikut FB mereka dan surat pengasas, memang sedap guna ugama. Daripada RM100 yang setiap orang bayar mereka sapu at least RM50.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Effe :
Yer betul...raudhah iman..
Adakah program ini betul2 menentang riba, atau menggunakan agama menarik perhatian org islam untuk berdakwah menentang riba...
Atau scammer jew collect duit yuran ahli...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ustaz Lariba :
Scammer.
Tuan boleh search perbincangan mengenai Raudhah Iman dalam sini. Kami telah muzakarah dengan mereka pada Oct 2016.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut ialah antara perbualan didalam group lariba telegram mengenai dpein.