Program Affiliates berunsur Islamik : Dpein

CG Sponsors




Abdul wahob

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,038
Reaction score
48
Points
70
UPDATE] Penempatan dihuni Kumpulan DPEIN
Raja Noraina Raja Rahim
polis_bagi_1588090844.jpg

ANGGOTA polis mengagihkan minuman dan makanan kepada 234 tahanan yang ditempatkan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor untuk siasatan lanjut. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman


KAWASAN penempatan yang diserbu polis di hutan Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor petang tadi, dihuni oleh kumpulan Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad berkata, kumpulan itu membabitkan seramai 238 individu termasuk kanak-kanak dan bayi.
Menurutnya, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat berlaku pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan berkenaan jam 5 petang.
"Pemeriksaan di lokasi mendapati ia adalah kawasan hutan yang baru diteroka dan dibuat penempatan sementara.
"Banyak khemah dibina yang dijadikan sebagai tempat tinggal, tempat memasak dan mandi," katanya dalam sidang media di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini, malam ini.
Fadzil berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 76 lelaki, wanita (77) dan kanak-kanak serta bayi (85).
Menurutnya, mereka datang dari pelbagai negeri termasuk Kelantan, Pahang dan Perak sebelum menetap sementara di situ namun tujuan mereka menetap di kawasan itu masih dalam siasatan.
"Mereka dibawa ke Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor untuk dokumentasi dan siasatan lanjut," katanya.
Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Hulu Selangor untuk tindakan lanjut terhadap kawasan penempatan itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Peraturan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988
 
Sponsored Post

AKU2769

Freshie
Joined
May 14, 2020
Messages
2
Reaction score
0
Points
30
ALLAHUAKBAR..
Kita tlh berada di Akhir zaman.. Satu fakta yg tdk boleh dinafikan. Maksudnya, fitnah Dajjal juga akan sentiasa berlegar dlm kehidupan kita.

Elok dapatkan info yg jelas sblum "tangkap muat" segala coretan yg menjurus kpd fitnah, mengata @ menjatuh hukum pd situasi yg kita sendiri pun tdk pasti.

Jgn mendustakan sesuatu yg benar hnya terpengaruh dgn fitnah yg disebarkan tanpa usul periksa & seterusnya mengabaikan @ menidakkan perkara baik yg mrk bina utk kebangkitan serta menyelamatkan umat Islam akhir zaman.

Dlm bln puasa ni, elok banyakkan istiqfar, bertaubat, muhasabah diri, bersyukur & berkasih syg sesama ummah.

Sy amat cadangkan, dpt kiranya hadirkan diri ke HQ DPEIN utk dapatkan info yg jelas melalui table talk, daurah, taklimat @ dlm seminar percuma mrk. Dari situ semua persoalan akan terjawab dgn baik yg sentiasa berpandukan Al-Quran & As-Sunnah sebagai rujukan utama.

Kesabaran, ketenangan, ilmu & adanya rasa hormat sesama insan serta mengaplikasikan rukun Islan, Iman & Ikhsan dlm kehidupan..dpt mengawal kita dari mengeluarkan kata2 yg berunsur negatif @ yg berbaur fitnah.

Utk rujukan info ringkas, boleh lawati laman sesawang rasmi DPEIN (DPEIN.Community) @ ke channel berikut..


Semoga pencerahan ringkas ini dpt meredakan sedikit salah faham anda kpd NGO DPEIN. Lihat juga segala aktiviti yg tlh mrk jalankan sblum ini termasuklah yg tlh mendpt kerjasama dari pihak kerajaan sendiri.

Nasihat sy.. Jika kita tdk mampu membantu @ mengubah landscape kehidupan umat Islam di Malaysia ini, jgn pula kita menjadi penentang, penghasut, pengkhianat @ penghalang kpd perjuangan yg telah, sedang & akan mrk (DPEIN) usahakan itu.

Lbh elok jika dpt bersama sebagai jemaah @ sekurang2nya hnya sebagai penyokong yg ingin melihat kebangkitan Islam & Melayu di Malaysia ini.

Kpd anda yg ingin di bantu utk selesaikan segala HUTANG & RIBA (Bukan pinjaman & tdk perlu dipulangkan semula), Perlukan Dana Niaga, Ilmu Keusahawanan, pendidikan Tahfiz utk anak2 (percuma), Kursus Usahawan Belia/ Beliawanis di Akademi DPEIN (Yuran RM40K utk 3 thn di tanggung penuh oleh DPEIN), menyertai Kelab Usahawan Muslim Nusantara (KUMUN), Persatuan Pengguna Muslim Nusantara (PPMN) & Lain2 khidmat bantuan, boleh terus hubungi sy (Wasap: 019-7341867 / Call: 017-8242769) @ terus ke HQ DPEIN di Setapak.

Pesanan akhir sy, berhati2lah dlm menuturkan kata2 kpd seseorg khasnya yg berkaitan dgn DPEIN krn tdk kira apa pun latar belakang anda, barisan lawyer DPEIN sentiasa memantau setiap ayat yg dikeluarkan utk di ambil tindakan yg sewajarnya.

DPEIN adalah NGO yg sah berdaftar di bawah ROS.. Begitu juga dgn lain2 entiti yg masing2 mempunyai lesen pendaftaran yg SAH termasuk HRDF. Bukan scammer, menipu org ramai, investment, berjanji bulan bintang @ yg seumpamanya.

Setiap antara kita pastinya mempunyai maruah & harga diri.. Elok jalinkan silaturahim, rapatkan saff & eratkan ukhwah demi melihat kejayaan total dlm perjuangan Islam akhir zaman yg sebenar.

Jangan hnya krn kami menentang Sistem Kapitalis Dajjal & menyeru umat Islam kembali kpd Allah (dlm erti kata yg sebenar), maka kami (DPEIN) pula yg di tentang.

BERTABAYYUNlah sblum bertindak @ berkata2.. Berhati2lah dgn kata2 krn ia adalah "cermin" pd HATI anda sendiri. Jgn buka pekung di dada. Belajar & fahamkan.

Terima kasih krn tlh membantu mempopularkan DPEIN di seluruh pelusuk Malaysia & dunia. ✨😁

Semoga Allah menerima & memberkati segala usaha serta amal kita semua..

Selamat menjalani ibadah puasa.

Wallahua'lam.
Kpd Allah Berserah.
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,190
Reaction score
1,396
Points
206
Dpein ni mcm jemaah arkam dulu2 ke yg ado bisnes n kmpung sndiri?
 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
1,466
Reaction score
119
Points
38
Last2 mcm berniaga air liur jek nie bos...

Perencah azimat kena masuk agama sket....adoiiii

Nampak topik ada affiliate nie minat gak nak terjah.... :D

Rm100 x 1000 = rm100,000 memang boleh langsai hutang tapi bukan hutang kita, hutang org yg nganjur le yg langsai
 
Sponsored Post
Top
Log in Register