BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Sabah: Hajiji Puas Hati Proses Mengundi Lancar Dan Teratur

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
478a8c2a92f113b579b1c1f43d1afc59692a88da9424c

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menjawab soalan pemberita selepas menunaikan tanggungjawab mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Juliah Salag.


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berpuas hati dengan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung dengan baik, lancar dan teratur.

Hajiji, calon GRS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, berkata walaupun ramai calon bertanding pada pilihan raya negeri kali ini, beliau gembira kerana keharmonian masih dapat dikekalkan.

Hajiji juga optimis para pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka di semua 73 kawasan DUN di seluruh negeri.

“Di Tuaran, keadaan cuaca kelihatan baik. Mengikut ramalan, mungkin akan hujan pada waktu petang. Kita berharap pengundi berdaftar di Sabah keluar mengundi lebih awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup di sini, hari ini.

Terdahulu, Hajiji selesai mengundi di pusat mengundi itu pada 11.42 pagi tadi bersama isteri Datin Seri Juliah Salag.

Hajiji berdepan pertandingan lima penjuru, termasuk calon muda dan muka baharu Barisan Nasional Dr Shahnon Rizal, selain Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).

Pada PRN Sabah ke-16, Hajiji menang kerusi DUN Sulaman dengan majoriti 3,099 undi sekali gus mempertahan kawasan itu sejak lebih tiga dekad.

DUN Sulaman mempunyai 18,352 pengundi berdaftar.

 
Back
Top
Log in Register