kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,719
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,719
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail ditemui media selepas
membuat lawatan di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Jalan Lee Tet Phui, Pusat Bandar Kota Kinabalu hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden besar setakat tengah hari.
Beliau berkata pemantauan awal di beberapa pusat mengundi menunjukkan perjalanan pengundi teratur sejak pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi.
“Keadaan keseluruhannya baik, teratur dan terkawal. Tidak ada isu besar yang boleh menimbulkan keraguan atau kerisauan kepada rakyat. Tahap disiplin dan sikap matang pengundi Sabah turut membantu kelancaran proses demokrasi pada hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau proses pengundian di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa di sini hari ini.
Mohd Khalid berkata sehingga 12 tengah hari, pihaknya menerima 157 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya, kebanyakannya melibatkan perbuatan mencabut bendera, khianat terhadap poster serta provokasi politik.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 86 kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan lanjut dan dirujuk kepada TImbalan Pendakwa Raya bagi penentuan arahan seterusnya.
“Kita juga merujuk beberapa kes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan satu kes kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), melibatkan isu di media sosial seperti fitnah dan provokasi,” katanya.
Mohd Khalid berkata tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang atau menggugat ketenteraman sepanjang hari pengundian.
“Saya berharap pengundi keluar mengundi awal untuk elak kesesakan atau cuaca buruk. Setakat ini cuaca baik namun cuaca mula mendung,” katanya.
Proses Pengundian PRN Sabah Terkawal, Lancar Setakat Ini - KPN
PRN Sabah, Polis, Pengundian, Berjalan Lancar, Moh