BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Sabah: BN Lancar Manifesto Hari Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,854
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,854
Reaction score
289
Points
146
95c5fee78bc68d98267bf673771ab4db6921031709076

Kredit: FB - Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini, dengan mengetengahkan Rancangan Pembangunan Sabah 1 (RPS1) yang dijadikan teras perjuangan parti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Pengerusi BN akan melancarkan manifesto itu di Bangunan UMNO Sabah di sini pada 8.30 pagi.

Berdasarkan atur cara jemputan, pembentangan manifesto RPS1 akan dibuat Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sementara itu, Ahmad Zahid menerusi catatan Facebook berkata BN membawa hala tuju yang jelas, terancang dan realistik untuk masa depan negeri itu menerusi gagasan “Sabah Membangun Bersama”.

"Dengan kesatuan tenaga seluruh jentera, kita akan memastikan setiap perancangan diterjemah kepada tindakan yang memberi manfaat terus kepada rakyat. Inilah masanya kita bangkitkan semula keyakinan (dan) membawa Sabah ke landasan pembangunan sebenar. Demi rakyat, demi Sabah,” katanya.

Pada PRN Sabah ke-17, BN bertanding di 45 daripada 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 81 peratus calon merupakan muka baharu termasuk hampir separuh merupakan golongan profesional dan muda.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) dijadualkan melancarkan manifesto PRN Sabah esok.

Pada 17 Nov, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melancarkan manifesto yang berteraskan gagasan “Rumah Kita, Kita Jaga” dengan tema “Memacu Sabah Maju, Rakyat Berkemajuan”.

Semalam, Perikatan Nasional (PN) melancarkan manifesto dengan tema 'Kasi Bagus Sabah' di Putatan.

 
Back
Top
Log in Register