kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
PRN NS: Lebih separuh selesai mengundi setakat 2 petang
Sebanyak 51.58 peratus atau 443,461 pengundi daripada keseluruhan 859,760 pemilih berdaftar telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 setakat 2 petang hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan DUN Seri Menanti mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 57.6 peratus.
Ia diikuti DUN Senaling dengan 57.2 peratus dan DUN Kota sebanyak 56.9 peratus.
Sebagai perbandingan, 49 peratus daripada 838,200 pengundi biasa keluar mengundi setakat 2 petang ketika PRN Negeri Sembilan ke-15 pada 2023.
PRN NS: Lebih separuh selesai mengundi setakat 2 petang | Malaysiakini
443,461 pengundi daripada keseluruhan 859,760 pengundi telah tunaikan tanggungjawab.