BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jalaluddin harap peratus keluar mengundi PRN Negeri Sembilan lebih 70%

afwan83

Active+ Member
Messages
3,228
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,228
Reaction score
12
Points
25

Jalaluddin harap peratus keluar mengundi PRN Negeri Sembilan lebih 70%​

6d0de299-bbd3-4e19-a4bd-fd1075a15aa7-Pengundi-PRN-Negeri-Sembilan-9-Jalaluddin-Alias-FMT-01082...jpg

Jalaluddin Alias yang juga calon Barisan Nasional DUN Pertang selesai mengundi bersama isterinya, Maziah Mohd Nor di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, sambutan pengundi yang hadir seawal pusat mengundi dibuka pada jam 8 pagi adalah amat menggalakkan, khususnya membabitkan pengundi di saluran satu.

“Saya percaya pengundi di saluran dua dan saluran tiga akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

“Saya berharap lebih ramai pengundi di DUN Pertang akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat mengundi ditutup,” katanya kepada media selepas mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Simpang Durian.

Terdahulu, Jalaluddin yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Pertang tiba di pusat pengundian kira-kira 8.44 pagi bersama isterinya, Maziah Mohd Nor sebelum memasuki saluran satu untuk mengundi.

Ahli Parlimen Jelebu itu turut menyeru semua pengundi di Negeri Sembilan supaya keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam menentukan kestabilan serta hala tuju pentadbiran kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, walaupun pilihan raya yang berlangsung adalah di peringkat negeri, keyakinan pengundi untuk memilih kerajaan yang stabil dijangka mendorong peningkatan peratusan keluar mengundi sepanjang hari.

“Saya optimis lebih ramai pengundi akan keluar mengundi kerana mereka mahu memainkan peranan dalam menentukan hala tuju dan pentadbiran negeri bermula esok.

“Ini akan menjadi lembaran baharu buat Negeri Sembilan demi memastikan kestabilan serta kemakmuran negeri terus terpelihara,” katanya.

SK Putra Simpang Durian, Jelebu antara pusat pengundian bagi DUN Pertang yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu.

Jalaluddin calon penyandang mewakili BN berdepan Mohd Umry Abdul Khois (PH) dan Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus (Bersatu).
 
Back
Top
Log in Register