BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa BERSAMA tak join PRN Negeri Sembilan?

krulll

Junior Member
Messages
74
Joined
May 25, 2016
Messages
74
Reaction score
1
Points
21
Soalan yang paling banyak saya terima sejak BERSAMA putuskan tak masuk PRN Negeri Sembilan:

"Kenapa BERSAMA tak bertanding di Negeri Sembilan? Sebab Rafizi berkawan dengan Tok Min ke?"

Ya, saya memang berkawan dengan Aminuddin. Semua orang tahu. Kami sudah lama kenal.

Tetapi saya tidak pernah percaya politik boleh dibuat berdasarkan hubungan peribadi.

Dulu orang tanya kenapa saya tidak ajak atau paksa beliau menyertai BERSAMA. Jawapan saya tetap sama. Dia ada tanggungjawab politiknya. Saya ada tanggungjawab politik saya. Masing-masing memilih jalan sendiri.

Kalau hendak ikut logik persahabatan, saya mengenali Anwar Ibrahim sejak berumur 17 tahun. Penubuhan BERSAMA juga bukan kerana hubungan saya dengan sesiapa. Ia lahir daripada kepercayaan bahawa negara memerlukan pilihan politik yang baharu.

Jadi kenapa Negeri Sembilan?

Kerana pertimbangan kami bukan sekadar siapa menang atau kalah di sana. Yang lebih penting ialah apa yang berlaku selepas keputusan PRN diumumkan.

Walau apa pun kenyataan bahawa jangan mengaitkan istana, kita semua tahu perbincangan akhirnya akan kembali kepada persoalan itu. Apa sahaja keputusan PRN Negeri Sembilan akan dinilai dalam konteks perebutan kuasa yang lebih besar.

Kami melihat angka secara realistik.

Di Johor, selepas kempen penuh, BERSAMA memperoleh sekitar 5 hingga 6 peratus undi. Profil pengundi Negeri Sembilan pula tidak jauh berbeza. Dalam tempoh seminggu, mustahil kami boleh mengubah sokongan itu secara mendadak.

Tetapi kalau satu atau dua kerusi berubah kerana kehadiran BERSAMA, dan perubahan itu mencetuskan kesan berantai (knock-on effect) kepada perebutan yang lebih besar.

Saya tidak mahu mengheret BERSAMA ke dalam polemik itu.
 
Back
Top
Log in Register