afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PAS perlu rakan kuat tawan Selangor, BN belum tentu mampu bantu
Minggu lalu, Sanusi Nor berkata PAS mahu menjadikan Selangor sebagai titik mula menumbangkan PH di negeri itu dan seterusnya di peringkat persekutuan pada PRU16. (Gambar Bernama)
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kekuatan PN pada pilihan raya itu tidak boleh dipisahkan daripada pengaruh Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali yang sinonim dengan politik Selangor.
Menurutnya, pengaruh bekas menteri besar Selangor itu masih kuat ketika PN hampir menggugat penguasaan Pakatan Harapan (PH) tiga tahun lalu yang gagal mengekalkan majoriti dua pertiga walaupun bekerjasama dengan BN.
“PAS mungkin bekerjasama dengan BN, tetapi pengaruhnya (BN) agak terhad di Selangor,” katanya kepada FMT.
Beliau merujuk keputusan BN yang hanya menang dua daripada 12 kerusi ditandingi pada PRN Selangor 2023. Malah, Ketuanya Megat Zulkarnain Omardin tewas di Gombak Setia.
PH pula menang 32 kerusi manakala PN meraih 22 kerusi dengan 12 dimenangi Bersatu dan 10 PAS.
Jumlah kerusi Bersatu itu kemudiannya berkurangan kepada 11 selepas Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari menyokong pentadbiran Menteri Besar Amirudin Shari pada 2024.
PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada 8 Jun lalu, sebelum menjalinkan persefahaman dengan BN pada PRN Negeri Sembilan awal bulan ini yang mungkin diperluaskan ke seluruh negara sehingga PRU16.
Minggu lalu, Ketua Pengarah Pilihan raya PN Sanusi Nor berkata PAS mahu menjadikan Selangor sebagai titik mula menumbangkan PH di negeri itu dan seterusnya di Putrajaya pada PRU16.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut melihat ketiadaan Bersatu menyukarkan usaha PAS, kerana kerjasama kedua-dua parti sudah terbukti pada PRN lalu apabila PN menang 22 kerusi.
Sebaliknya, Mazlan berkata kerjasama PAS dengan BN di Selangor belum teruji sedangkan Umno hanya menang dua kerusi – Dusun Tua dan Sungai Air Tawar.
“Itu pun salah satu kerusinya DAP yang serahkan iaitu Dusun Tua.
“Cabaran kerjasama ini pastinya berkait agihan kerusi dan adakah pengaruh Umno mampu melonjakkan PAS,” katanya yang memberi amaran kekuatan Bersatu di Selangor tidak boleh dipandang remeh.
“Perpecahan PAS dan Bersatu boleh mendorong pemimpin parti itu bekerja lebih keras mengekang kemaraan PAS.”
