BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 1 Ogos 2026

PAS perlu rakan kuat tawan Selangor, BN belum tentu mampu bantu​

b5aaa917-penyokong-pas-bernama-220823-1.jpg

Minggu lalu, Sanusi Nor berkata PAS mahu menjadikan Selangor sebagai titik mula menumbangkan PH di negeri itu dan seterusnya di peringkat persekutuan pada PRU16. (Gambar Bernama)

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kekuatan PN pada pilihan raya itu tidak boleh dipisahkan daripada pengaruh Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali yang sinonim dengan politik Selangor.

Menurutnya, pengaruh bekas menteri besar Selangor itu masih kuat ketika PN hampir menggugat penguasaan Pakatan Harapan (PH) tiga tahun lalu yang gagal mengekalkan majoriti dua pertiga walaupun bekerjasama dengan BN.

“PAS mungkin bekerjasama dengan BN, tetapi pengaruhnya (BN) agak terhad di Selangor,” katanya kepada FMT.

Beliau merujuk keputusan BN yang hanya menang dua daripada 12 kerusi ditandingi pada PRN Selangor 2023. Malah, Ketuanya Megat Zulkarnain Omardin tewas di Gombak Setia.

PH pula menang 32 kerusi manakala PN meraih 22 kerusi dengan 12 dimenangi Bersatu dan 10 PAS.

Jumlah kerusi Bersatu itu kemudiannya berkurangan kepada 11 selepas Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari menyokong pentadbiran Menteri Besar Amirudin Shari pada 2024.

PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada 8 Jun lalu, sebelum menjalinkan persefahaman dengan BN pada PRN Negeri Sembilan awal bulan ini yang mungkin diperluaskan ke seluruh negara sehingga PRU16.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Pilihan raya PN Sanusi Nor berkata PAS mahu menjadikan Selangor sebagai titik mula menumbangkan PH di negeri itu dan seterusnya di Putrajaya pada PRU16.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut melihat ketiadaan Bersatu menyukarkan usaha PAS, kerana kerjasama kedua-dua parti sudah terbukti pada PRN lalu apabila PN menang 22 kerusi.

Sebaliknya, Mazlan berkata kerjasama PAS dengan BN di Selangor belum teruji sedangkan Umno hanya menang dua kerusi – Dusun Tua dan Sungai Air Tawar.

“Itu pun salah satu kerusinya DAP yang serahkan iaitu Dusun Tua.

“Cabaran kerjasama ini pastinya berkait agihan kerusi dan adakah pengaruh Umno mampu melonjakkan PAS,” katanya yang memberi amaran kekuatan Bersatu di Selangor tidak boleh dipandang remeh.

“Perpecahan PAS dan Bersatu boleh mendorong pemimpin parti itu bekerja lebih keras mengekang kemaraan PAS.”
 
Sekarang ni pengundi tak tengok Parti pun janji BN dengan PN confirm boleh menang.
 
Manfaat nyata lebih berkesan raih undi berbanding siasatan, kata penganalisis​

05ce63a2-0f8c-4586-8ba9-59df7fe606d2-menara-felda-resize-new-watermark-200826.jpg

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan meneliti isu berkaitan Felda selepas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji diterbitkan.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata pengalaman dalam isu Tabung Haji (TH) menunjukkan pendedahan salah urus atau usaha mempertahankan integriti sesebuah institusi semata-mata tidak menjamin sokongan pengundi.

“Pengundi Melayu membuat keputusan berdasarkan pelbagai faktor, termasuk kos sara hidup, pendapatan, identiti politik dan agama, kepimpinan, prestasi kerajaan serta hubungan parti dengan masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya kepada FMT.

Kerajaan mendedahkan laporan RCI mengenai TH kepada umum pada 29 Julai, tiga hari sebelum PRN Negeri Sembilan.

Namun, langkah itu gagal membantu Pakatan Harapan (PH), yang kehilangan pentadbiran negeri kepada kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Tawfik berkata pendekatan sama turut terpakai dalam isu Felda, yang menurutnya kesan politik mungkin terhad sekiranya kerajaan hanya mendedahkan perkara berlaku pada masa lalu dan mencari pihak untuk dipersalahkan.

“Sebaliknya, kepercayaan politik boleh dibina sekiranya kerajaan melaksanakan pembaharuan yang mampu meningkatkan pendapatan peneroka dan tadbir urus Felda.

“Selain menyediakan lebih banyak peluang ekonomi kepada generasi kedua dan ketiga serta menjamin masa depan lebih baik untuk komuniti peneroka,” tambahnya.

Tawfik berkata langkah itu juga membolehkan PH membuktikan bahawa agenda reformasinya bukan sekadar memenuhi kehendak golongan elit bandar, tetapi turut menangani masalah dalam institusi kerajaan yang penting kepada masyarakat Melayu luar bandar.

Pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan meneliti isu yang memberi kesan kepada Felda.

Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas laporan RCI mengenai TH diterbitkan.

Felda ditubuhkan pada 1956 untuk membangunkan tanah luar bandar dan meningkatkan taraf hidup orang Melayu yang tidak memiliki tanah menerusi skim pertanian.

Namun, peneroka Felda kini berdepan pelbagai masalah, termasuk hutang, kos penanaman semula yang tinggi serta isu pemilikan dan pewarisan tanah. Agensi itu juga berdepan penelitian berhubung tadbir urus dan pengurusan kewangannya.

Pada 2019, kerajaan PH ketika itu membentangkan kertas putih mengenai kelestarian Felda yang menggariskan beberapa langkah bagi menangani masalah kewangan dan tadbir urus agensi berkenaan, termasuk peruntukan kerajaan sebanyak RM6.23 bilion untuk membantu memenuhi tanggungan hutangnya.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia turut berpandangan siasatan terhadap Felda mungkin tidak banyak mempengaruhi pengundi Melayu secara keseluruhan kerana golongan berpendapatan rendah lazimnya tidak begitu memberikan perhatian kepada isu sedemikian.

“Siasatan terhadap agensi kerajaan seperti Tabung Haji dan Felda mungkin hanya mampu meraih sokongan kelompok M40 dan T20, terutama orang Melayu kelas pertengahan dan berpendapatan tinggi,” katanya.

Mazlan berkata PH dan PKR sebaliknya perlu memberikan tumpuan kepada pembaharuan sistem Felda, khususnya dalam perkara yang menyebabkan peneroka merasakan kepentingan mereka tidak dilindungi dengan sewajarnya.

“Ada banyak aduan sistem sedia ada kadangkala tidak memberikan manfaat kepada peneroka, sebaliknya lebih menguntungkan Felda sendiri,” katanya.
 
da leh tulis 2026 BN tempoh 1 bulan rizab baki tinggal 800juta :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO: :poop:

760938942_17966554092133379_3805785478619584000_n.webp
Screenshot 2026-08-20 204752.png
Isu perbezaan nombor rizab ini timbul akibat perbezaan pemahaman antara jumlah kasar rizab kewangan dengan jumlah rizab tunai bebas (boleh diguna).

Sebab UMNO / Kerajaan Negeri Mengumumkan RM800 Juta:

  • Rizab Bebas (Boleh Diguna): Jumlah sebenar dana kewangan Negeri Sembilan yang bebas dari sebarang komitmen amanah dan boleh digunakan secara terus untuk perbelanjaan pentadbiran serta pembangunan biasa ialah sekitar RM800 juta.

  • Wang Amanah (Terikat): Baki daripada jumlah RM1.2 bilion hingga RM1.3 bilion itu merangkumi Wang Amanah / Tabung Amanah, termasuk peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

  • Penggunaan Terhad: Dana wang amanah ini secara perundangannya masih berada dalam simpanan atau "poket" kerajaan negeri, tetapi ia mempunyai syarat penggunaan tertentu (contohnya peruntukan MARRIS khusus untuk penyelenggaraan jalan) dan tidak boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya untuk hal lain kecuali dalam situasi mendesak seperti krisis atau pandemik.

Oleh itu, perincian angka RM800 juta dibuat bagi menjelaskan kedudukan kewangan sebenar supaya tidak menimbulkan kekeliruan atau persepsi bahawa kerajaan negeri mempunyai tunai RM1.2 bilion yang bebas dibelanjakan tanpa had.

kalau PH dia pakai je semua sauk selagi boleh mcm duit peruntukan sehari sebelum nak bubar DUN :(paid
 
Politik selalunya menyebabkan orang bergaduh.

Bukan di Malaysia saja, di seluruh dunia.

Macam mana nak settle kan pergaduhan politik?

Ni ada satu cerita dari zaman American Revolution.

Salah seorang founding fathers US adalah Alexander Hamilton.

Pada satu masa, bekas Naib Presiden AS, Aaron Burr mencabar Alexander Hamilton settle perselisihan faham mereka dengan cara duelling

(Macam cerita koboi, setiap sorang ada pistol, turn around and tembak, sapa lagi cepat lawan dia mati).

Alexander Hamilton mati dalam duel itu, kena tembak.

Nasib baik budaya tu tak de kat Malaysia, kalau tak banyak ahli politik mati 😅

Boleh pupus ahli politik kat Malaysia ni kalau settle macam ni.

- Rafizi Ramli
 
Back
Top
Log in Register