MITOS KEGENIUSAN BANGSA | Bila orang kita cerita tentang kehebatan tok nenek moyang kita dahulu kala, saya kadang-kadang skeptik juga dan terfikir, jika benar nenek moyang bijak pandai dalam segala hal, tentu nasib orang Melayu hari ini tidak sebegini rupa.
Apatah lagi bila kita baca bahawa tanah air ini dijajah semata-mata kerana tertipu dengan tipu muslihat penjajah. Dan yang kena tipu daya itu pula bukanlah orang biasa-biasa, bukan petani, bukan nelayan, tapi orang-orang yang duduk di tampuk istana. Sejarah sepatutnya dijadikan iktibar, bukan tempat untuk kita berselindung di sebalik nostalgia palsu.
Iya, setiap bangsa akan mengangkat kisah kehandalan, kependekaran dan kegeniusan sebagai mitos bagi mengangkat martabat dan maruah bangsanya, tapi kita juga harus laksanakan reality check untuk mengenal pasti kelemahan bangsa juga.
Kini, ujian sebenar sedang menilai sama ada orang Melayu hari ini masih mewarisi kedunguan nenek moyang terdahulu, atau adakah kita sudah mula belajar untuk menjadi lebih cerdik dan matang menilai masa depan.
Ujian itu bagi saya jelas terbentang di dua kawasan pilihan raya di Negeri Sembilan:
DUN Sri Tanjung (N. 33)
DUN Nilai (N. 10)
Dalam ramai-ramai calon yang bertanding, persoalan besar untuk kita renungkan: adakah orang-orang Melayu akan masih mengundi berdasarkan kepada kesetiaan kepada parti (walaupun calonnya bukan dari kaum Muslimin), ataukah akan membebaskan diri dari belenggu feudal kepartian, dan kembali memilih berdasarkan akal fikir yang waras.
Di Dun Sri Tanjung, misalnya, yang memperlihatkan pertandingan lima penjuru, hanya seorang sahaja calon Melayu-Islam, iaitu Islah Wahyudi, dan itu pun calon bebas. Parti-parti sedia ada semua meletakkan calon dari bangsa yang tidak mewakili bangsa majoriti di sana.
Dan Islah Wahyudi ini pula, walaupun tidak datang dari parti sedia ada, dia memang seorang fighter dan pejuang. Saya kenal sangat, sebab saya mewakili dia sewaktu direman di Mahkamah Sepang awal tahun tempoh hari. Saya lihat sendiri, beliau duduk dalam lokap, pakai baju oren lokap, bergari dengan tahanan-tahanan lain yang kebanyakannya tahanan berkaitan kes dadah, dilayan dengan kasar, sedangkan Islah ditahan hanya sebab dia perjuangkan untuk nyahkan identiti penjajah dan nyahkan kuil haram. Walaupun dah kena reman dan banyak kali dipanggil ke balai serta telefon dirampas, dia tak serik bahkan tetap tak berhenti dan terus menerus dengan perjuangan untuk membebaskan kampungnya Port Dickson dari belenggu penjajah dan ditukar nama kepada Pantai Dermaga.
Sebab itu kalau orang Melayu di sana masih taknak pilih Islah Wahyudi, hanya sebab dia tidak datang dari parti-parti utama, maka di manakah kehandalan orang Melayu yang selalu dimitoskan itu? Takkan perkara mudah seperti hal pemilihan ini pun, masih tak boleh fikir dengan cerdik?
Demikian juga dengan Ustaz Zamani di DUN Nilai, yang akan menyaksikan pertandingan lima penjuru, tapi parti-parti utama semua meletakkan calon-calon kafir. Ustaz Zamani dari parti Berjasa, yang bukanlah parti utama dan hanya parti kecil sahaja, dan setakat ini tak pernah lagi menang mana-mana kerusi.
Adakah orang-orang Melayu di Nilai akan menolak Ustaz Zamani, hanya kerana beliau tidak datang dari parti utama seperti PH atau BN; kerana logo partinya tak dikenali; ataukah ada sinar kebijaksanaan untuk orang-orang Melayu mula sedar, bahawa pada akhirnya, calon yang baik seperti Ustaz Zamani sepatutnya dipilih dan dimenangkan, berbanding calon-calon kafir dari parti utama yang lain.
Apatah lagi Ustaz Zamani bukan calang-calang orang, beliau ada track-rekod yang panjang dan cemerlang berkhidmat di Negeri Sembilan, walaupun sebelum ini bukan dalam kapasiti politik. Beliau duduk dalam jawatankuasa fatwa Negeri Sembilan untuk tempoh lebih dari 10 tahun, dan juga dalam jawatankuasa panel tauiliah Negeri Sembilan untuk tempoh 8 tahun.
Ustaz Zamani (DUN Nilai)
Islah Wahyudi (DUN Sri Tanjung)
Pilihan di tangan orang-orang Nilai dan Sri Tanjung. Tepuk dada, tanya selera, adakah kita mahu terus terperangkap dalam corak lama, atau melangkah ke depan dengan akal budi yang lebih cerdik?
*Islah Wahyudi:
*Ustaz Zamani
https://fb.watch/IyRRmq8SxC/?fs=e