BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN N Sembilan: Anwar mahu menteri, timbalan undur jika serang kerajaan perpaduan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,225
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,225
Reaction score
12
Points
25

PRN N Sembilan: Anwar mahu menteri, timbalan undur jika serang kerajaan perpaduan​

ee10c346-anwar-ibrahim-bernamapic-190726.jpg

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada menteri, timbalan, dan pemegang jawatan agensi kerajaan supaya berdisiplin. (Gambar Bernama)

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau menghubungi Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof semalam.

“Kalau dia pegang jawatan daripada persekutuan, dia tak boleh serang, menjadikan ini sebagai satu medan politik menyanggah kerana dia kena jaga disiplin.

“Kalau dia pilih untuk buat begitu, dia harus undur daripada jawatan dia. Kita kena jaga supaya jangan langgar kerana kalau ada pelanggaran, saya akan minta mereka undur,” katanya menurut Harian Metro pada sidang media, di Ipoh.

Namun, Anwar terbuka andai menteri, timbalan, dan pemegang jawatan agensi mahu ‘bertarung dalam isu-isu negeri’.

“Kita ingatkan calon-calon, terutama yang pegang jawatan menteri, timbalan menteri atau pemegang mana-mana agensi, dia boleh bertarung dalam isu-isu negeri.

“Setakat ini, kita minta mereka kawal supaya hubungan kita di Persekutuan kekal baik, supaya kerja boleh dijalankan. Biarlah kita kawal kalau ada pertarungan di peringkat negeri,” katanya.

Kelmarin, Naib Ketua Pemuda PKR, Dr Taufiq Johari, berkata Pakatan Harapan (PH) tidak berminat menghentam parti lawan, sebaliknya akan menonjolkan pencapaian kerajaan negeri bawah gabungan itu, pada PRN Negeri Sembilan.

Taufiq yang juga menteri belia dan sukan, berkata berkata fokus gabungan itu adalah menekankan kejayaan pentadbiran Menteri Besar Aminuddin Harun bersama barisan exco memacu pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri.

Pada PRN Negeri Sembilan, PH bertembung dengan rakan kerajaan perpaduan iaitu Barisan Nasional (BN). Persaingan bertambah sengit apabila BN bekerjasama dengan gabungan pembangkang, Perikatan Nasional (PN).

BN bertanding di 25 kawasan, manakala PN di 11 kerusi dengan dua gabungan itu mengelak bertindih kawasan. Bersatu walaupun masih komponen PN, bertanding 24 kerusi, sekali gus bertembung lapan kawasan ditandingi PAS dan Wawasan, selebihnya menentang BN dan PH.
 
Namun, Anwar terbuka andai menteri, timbalan, dan pemegang jawatan agensi mahu ‘bertarung dalam isu-isu negeri’.

“Kita ingatkan calon-calon, terutama yang pegang jawatan menteri, timbalan menteri atau pemegang mana-mana agensi, dia boleh bertarung dalam isu-isu negeri.
 
Kena ke nuar, trus logik....

Logik nonpartaiksan..mkn taik xpe kalu kena kot dia.....🤣🤣🤣
 

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata kesemua 103 kertas penamaan calon yang diterima disahkan layak bertanding tanpa sebarang penolakan.

Berikut adalah senarai penuh 103 calon yang bertanding pada PRN Negeri Sembilan kali ini:



N.01 CHENNAH

Jumlah pengundi: 14,422

1. Loke Siew Fook [PH-DAP]
2. Siow Kong Choon [BN-MCA]

Penyandang PRN15 (2023):
Loke Siew Fook [PH-DAP]








×



N.02 PERTANG

Jumlah pengundi: 12,873

1. Mohd Umry Abdul Khois [PH-PKR]
2. Datuk Seri Jalaluddin Alias [BN-UMNO]
3. Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Seri Jalaluddin Alias [BN-UMNO]



N.03 SUNGAI LUI

Jumlah pengundi: 19,684

1. Zainal Fikri Abd Kadir [PH-PKR]
2. Datuk Mohd Razi Mohd Ali [BN-UMNO]
3. Nazrul Hisham Abd Mansor [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Mohd Razi Mohd Ali [BN-UMNO]



N.04 KLAWANG

Jumlah pengundi: 13,355

1. Datuk Bakri Sawir [PH-AMANAH]
2. Danni Rais [PN-WAWASAN]
3. Muhammad Adib Musa [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Bakri Sawir [PH-AMANAH]



N.05 SERTING

Jumlah pengundi: 30,599

1. Yaakob Mahmood [PH-AMANAH]
2. Mohd Fairuz Mohd Isa [PN-PAS]
3. Muhammad Noraffendy Mohd Salleh [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Mohd Fairuz Mohd Isa [PN-PAS]



N.06 PALONG

Jumlah pengundi: 23,555

1. Muhammad Zahin Zinal Abidin [PH-PKR]
2. Datuk Mustapha Nagoor [BN-UMNO]
3. Rebin Birham [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Mustapha Nagoor [BN-UMNO]



N.07 JERAM PADANG

Jumlah pengundi: 16,590

1. G. Manivanan [PH-PKR]
2. Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir [BN-UMNO]
3. Sri Sanjeevan Ramakrishnan [BERSATU]
4. Dayana Dal [ASLI]



Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir [BN-UMNO]



N.08 BAHAU

Jumlah pengundi: 25,972

1. Teo Kok Seong [PH-DAP]
2. Chong Fui Ming [BN-MCA]

Penyandang PRN15 (2023):
Teo Kok Seong [PH-DAP]



N.09 LENGGENG

Jumlah pengundi: 28,880

1. Zarinna Abu Zarin [PH-AMANAH]
2. Datuk Mohd Asna Amin [BN-UMNO]
3. Zool Amali Hussin [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Mohd Asna Amin [BN-UMNO]



N.10 NILAI

Jumlah pengundi: 45,911

1. J. Arul Kumar [PH-DAP]
2. Lai Chien Kong [BN-MCA]
3. Datuk V. Saravana Kumar [BERSATU]
4. Zamani Ibrahim [BERJASA]
5. Omar Mohd Isa [BEBAS]

Penyandang PRN15 (2023):
J. Arul Kumar [PH-DAP]



N.11 LOBAK

Jumlah pengundi: 23,079

1. Chew Seh Yong [PH-DAP]
2. Dr. P. Kumar [PN-PAS]

Penyandang PRN15 (2023):
Chew Seh Yong [PH-DAP]



N.12 TEMIANG

Jumlah pengundi: 12,947

1. Ho Weng Wah [PH-DAP]
2. Leaw Kok Chan [BN-MCA]
3. Fazly Hamid [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Ng Chin Tsai [PH-DAP]



N.13 SIKAMAT

Jumlah pengundi: 34,103

1. Nor Azman Mohamad [PH-PKR]
2. Datuk Razali Abu Samah [PN-WAWASAN]
3. Datuk Tun Faisal Ismail Aziz [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Seri Aminuddin Harun [PH-PKR]



N.14 AMPANGAN

Jumlah pengundi: 21,336

1. Datuk Muhammad Nazri Kassim [PH-PKR]
2. Datuk Dr. Mohamad Rafie Abd Malek [PN-PAS]
3. Noor’azah Harun [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Tengku Zamrah Tengku Sulaiman [PH-PKR]



N.15 JUASSEH

Jumlah pengundi: 13,671

1. Mohd Aidil Abdullah [PH-PKR]
2. Datuk Ismail Lasim [BN-UMNO]
3. Mohd Zuhaimi Md Yusof [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Bibi Sharliza Mohd Khalid [BN-UMNO]



N.16 SERI MENANTI

Jumlah pengundi: 10,105

1. Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa [PH-PKR]
2. Muhammad Sufian Maradzi [BN-UMNO]
3. Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Muhammad Sufian Maradzi [BN-UMNO]



N.17 SENALING

Jumlah pengundi: 9,903

1. Mohd Hanis Alimin [PH-AMANAH]
2. Mohamad Qayyum Abd Jalil [BN-UMNO]
3. Mohd Izaffi Istear Khan [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Ismail Lasim [BN-UMNO]



N.18 PILAH

Jumlah pengundi: 18,034

1. Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim [PH-PKR]
2. S. Leza Md Yasin [BN-UMNO]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim [PH-PKR]



N.19 JOHOL

Jumlah pengundi: 12,331

1. Mohd Zailan Mohd Nunawar [PH-AMANAH]
2. Datuk Saiful Yazan Sulaiman [BN-UMNO]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Saiful Yazan Sulaiman [BN-UMNO]



N.20 LABU

Jumlah pengundi: 32,884

1. Datuk Ahmad Faez Abdul Razak [PH-PKR]
2. Siti Nur Umaira Hasim [BN-UMNO]
3. Mohamad Hanifah Abu Baker [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Mohamad Hanifah Abu Baker [BERSATU]



N.21 BUKIT KEPAYANG

Jumlah pengundi: 49,568

1. Nicole Tan Lee Koon [PH-DAP]
2. Lee Boon Shian [PN-GERAKAN]

Penyandang PRN15 (2023):
Nicole Tan Lee Koon [PH-DAP]



N.22 RAHANG

Jumlah pengundi: 19,715

1. Siau Meow Kong [PH-DAP]
2. Yap Siok Moy [BN-MCA]
3. Tang Jay Son [BERSATU]
4. S. Tinagaran [PSM]

Penyandang PRN15 (2023):
Siau Meow Kong [PH-DAP]



N.23 MAMBAU

Jumlah pengundi: 30,346

1. Lee Kai Yet [PH-DAP]
2. Eric Michael [PN-WAWASAN]
3. N. Sarawanan [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Yap Yew Weng [PH-DAP]



N.24 SEREMBAN JAYA

Jumlah pengundi: 33,015

1. S. Mugunthan [PH-DAP]
2. Datuk R. Thinalan [BN-MIC]
3. R. Mahendran [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
P. Gunasekaren [PH-DAP]



N.25 PAROI

Jumlah pengundi: 64,998

1. Ahmad Shahir Mohd Shah [PH-AMANAH]
2. Kamarol Ridzuan Mohd Zain [PN-PAS]
3. Mohd Nazree Mohd Yunus [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Kamarol Ridzuan Mohd Zain [PN-PAS]



N.26 CHEMBONG

Jumlah pengundi: 26,547

1. Danish Nazran Murad [PH-PKR]
2. Datuk Zaifulbahri Idris [BN-UMNO]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Zaifulbahri Idris [BN-UMNO]



N.27 RANTAU

Jumlah pengundi: 34,831

1. Dr. Azizul Hakim Mahdi [PH-PKR]
2. Datuk Seri Mohamad Hasan [BN-UMNO]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Seri Mohamad Hasan [BN-UMNO]



N.28 KOTA

Jumlah pengundi: 16,744

1. Muhammad Allif Ibrahim [PH-AMANAH]
2. Suhaimi Aini [BN-UMNO]
3. Akmal Noradzmi Abd Rahim [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Suhaimi Aini [BN-UMNO]



N.29 CHUAH

Jumlah pengundi: 15,129

1. Datuk Yew Boon Lye [PH-PKR]
2. Pau Jeou Ching [BN-MCA]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Yew Boon Lye [PH-PKR]



N.30 LUKUT

Jumlah pengundi: 28,219

1. Choo Ken Hwa [PH-DAP]
2. N. Sathes Kumar [PN-MIPP]
3. Teo Seng Lee [BEBAS]

Penyandang PRN15 (2023):
Choo Ken Hwa [PH-DAP]



N.31 BAGAN PINANG

Jumlah pengundi: 27,451

1. Nasir Raman [PH-AMANAH]
2. Abdul Fatah Zakaria [PN-PAS]
3. Sheikh Junaidy Jamaludin [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Abdul Fatah Zakaria [PN-PAS]



N.32 LINGGI

Jumlah pengundi: 20,677

1. Datuk Seri Aminuddin Harun [PH-PKR]
2. Datuk Mohd Faizal Ramli [BN-UMNO]
3. Datuk Zamri Md Said [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Datuk Mohd Faizal Ramli [BN-UMNO]



N.33 SRI TANJUNG

Jumlah pengundi: 19,590

1. G. Rajasekaran [PH-PKR]
2. A. Achuthan [BN-MIC]
3. M. Leevineshwaran [BERSATU]
4. Datuk A. Saravanan [BEBAS]
5. Islah Wahyudi Zainudin [BEBAS]

Penyandang PRN15 (2023):
G. Rajasekaran [PH-PKR]



N.34 GEMAS

Jumlah pengundi: 29,600

1. Siti Aishah Seman @ Othman [PH-PKR]
2. Ridzuan Ahmad [PN-WAWASAN]
3. Azman Abdullah [BERSATU]

Penyandang PRN15 (2023):
Ridzuan Ahmad [PN-BERSATU]



N.35 GEMENCHEH

Jumlah pengundi: 24,916

1. Abd Latif A. Tambi [PH-AMANAH]
2. Suhaimizan Bizar [BN-UMNO]

Penyandang PRN15 (2023):
Suhaimizan Bizar [BN-UMNO]



N.36 REPAH

Jumlah pengundi: 27,910

1. S. Veerapan [PH-DAP]
2. Koh Kim Swee [BN-MCA]

Penyandang PRN15 (2023):
S. Veerapan [PH-DAP]
 
Back
Top
Log in Register