BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: "Tapak Baharu" Bina Semula Kekuatan - Adam Adli

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

PRN Melaka: "Tapak Baharu" Bina Semula Kekuatan - Adam Adli​

a2708726cc059ae5e11d7129f0f90a01681b351cb7097


Parti Keadilan Rakyat (PKR) melihat Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai “tapak baharu” untuk membina semula kekuatan parti menerusi pendekatan politik yang lebih matang, berteraskan idea dan dasar yang jelas kepada rakyat.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka Adam Adli Abd Halim berkata semasa PRN ke-15 pada 2021, parti tidak memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menjadi cabaran utama untuk bertapak dan memperoleh semula kepercayaan rakyat pada PRN akan datang.

“Kita perlu membuktikan kepada masyarakat bahawa parti masih mampu diterima serta melahirkan wakil rakyat yang boleh menjadi suara rakyat di DUN Melaka. Kita akan memulakan perjuangan tanpa sebarang kerusi DUN.

“Cabaran itu memerlukan PKR menggunakan pendekatan berbeza berbanding pilihan raya terdahulu, termasuk meninggalkan politik berasaskan naungan atau patronage politics dan bergerak ke arah politik yang lebih matang,” katanya kepada Bernama.

PRN Melaka ke-15 menyaksikan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi, diikuti Pakatan Harapan (PH) lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi.

Bagaimanapun, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka yang dilantik turut meliputi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH, sekali gus menggambarkan komposisi Kerajaan Perpaduan seperti mana yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

Mengulas lanjut, Adam Adli yang juga Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata PH akan memasuki gelanggang PRN dengan rendah diri serta mahu PH dilihat sebagai parti gabungan yang dekat dengan masyarakat dan memahami keperluan rakyat berbilang kaum.

“Kita tidak mahu melabel masyarakat dengan pelbagai kecenderungan politik, sebaliknya menghormati kematangan pengundi dalam membuat pertimbangan berdasarkan tawaran yang dikemukakan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata parti juga perlu terus menekuni dan memahami keperluan segenap lapisan masyarakat termasuk memberi perhatian serius kepada isu kos sara hidup, belia, pendidikan, pemilikan rumah, gaji dan kesihatan mental.

 
dia takut "tapak" hat dia duk ada tu hilang.
kawan tu xbiasa kerja, xkan tiba2 nak bawak grab.
 
Back
Top
Log in Register