BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO Tidak Harap Ihsan, Bina Kekuatan Sendiri - Mohamad

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

UMNO Tidak Harap Ihsan, Bina Kekuatan Sendiri - Mohamad​

ab9b02f60b36e6a2a95e49e3b26de3886aa5406f4e0cb

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

UMNO komited membina kekuatan sendiri dan tidak akan sesekali menggadaikan maruah parti demi meraih kedudukan mahupun mengharapkan ihsan pihak lain, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata parti itu ditubuhkan atas dasar perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air, justeru tidak seharusnya bergantung kepada pihak lain untuk kembali bangkit.

Sehubungan itu, katanya seluruh kepimpinan dan ahli perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan kekuatan dalaman sebagai benteng utama dalam mendepani apa jua cabaran politik.

“UMNO tidak pernah mengharapkan ihsan orang. UMNO tidak ditubuhkan kerana ihsan orang. UMNO ditubuhkan kerana kita nak membela Melayu, bangsa dan agama kita.

“Jangan kita mimpikan parti lain nak membimbing kita untuk bangkit semula. Tak ada satu mata atau hati pun yang nak melihat kita bangkit. Binalah kekuatan sendiri kerana apabila kita kuat, orang tidak boleh memperkotak-katikkan kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas gagasan persefahaman politik (Tafahum Siyasi), Mohamad mengingatkan bahawa konsep berkenaan perlu dilaksanakan secara saksama dan tidak hanya menguntungkan sebelah pihak.

Bagi menguji sejauh mana keikhlasan dan kejujuran rakan persefahaman dalam mendukung agenda penyatuan ummah, beliau mencadangkan agar satu daripada empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (SG4) mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal.

“Tetapi persefahaman jangan sebelah pihak sahaja, kita sahaja nak persefahaman, dia mengambil untung sahaja. Saya nak cadangkan lepas Melaka, kita cuba pula sejauh mana keikhlasan kawan kita. Kita minta salah satu daripada negeri SG4 buat pilihan raya.

“Tunjukkanlah kalau ikhlas sama-sama. Jangan kita sahaja yang beria-ia, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Kalau benar-benar ikhlas di atas nama Penyatuan Ummah Melayu, kita lihat bagaimana formula yang nak digunakan,” katanya.

 
Tok Mat kau dah salah dah ni.

Setiap Umat Islam patut mengharap dirinya dan kumpulannya mempunyai Ihsan.

Ihsan itu juga dari perasaan dan dari perbuatan kita, kita elakkan setiap perkara dari kehidupan kita dari kemarahan Allah, sentiasa berharap kepada Allah. Takut kepada Allah. Buat segala hukum Allah dan buat segala perintah dari Allah seperti yang tertulis di dalam Al-Quran.

Kamus Bahasa Melayu


[ih.san]/[iḥ.san] | احسان

Definisi : Ar 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan; keihsanan sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati: mereka tidak spt mana sahaja manusia yg lain dlm erti kata keluhuran akalnya, ~ dan pengenalan rohaniahnya melampaui batas-batas darah dan dagingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register