BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: PH Laksana Strategi Kempen Peringkat Akar Umbi, Media Sosial - Fahmi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

PRN Johor: PH Laksana Strategi Kempen Peringkat Akar Umbi, Media Sosial - Fahmi​

ee0e2854f65a0d18c7f93aa7c4da6a616a3ea7c69a518

83e6640ea9d52c7b6ee767bf4eba31e26a3ea7d62b382

c34b584042e6dc4f209d7eb218ae6cef6a3ea7e93d7b1

43ada2742a87cee52c023730308d6f4a6a3ea7f8600d7

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media ketika hadir menonton tayangan filem Blood Brothers pada Program Hasrat MADANI di Kedai Kopi Hailam Sri Medan, Senggarang malam ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pakatan Harapan (PH) akan memperkukuh strategi kempen melalui gabungan gerak kerja pada peringkat akar umbi dan platform media sosial bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula secara rasmi esok.

Pengarah Komunikasi PH Datuk Fahmi Fadzil berkata pendekatan itu penting bagi memastikan segala mesej serta tawaran gabungan berkenaan dapat disampaikan secara berkesan kepada setiap lapisan rakyat.

Beliau berkata bagi PRN kali ini, PKR yang akan bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memulakan gerak kerja kempen sejurus selesai proses penamaan calon pagi esok.

"Pagi esok, saya sendiri akan ke Semerah, manakala (Timbalan Presiden PKR) Nurul Izzah Anwar akan menemani (calon Senggarang) Onn Abu Bakar di Pusat Penamaan Calon DUN Senggarang. Kita juga wujudkan group (kumpulan) media rasmi untuk penyaluran maklumat calon PH dengan pantas," katanya pada sidang media selepas Program Hasrat MADANI, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata kempen PH kali ini juga akan memberikan tumpuan penuh kepada penyebaran fakta bagi memastikan pengundi mendapat maklumat yang sahih sepanjang tempoh berkempen.

Dalam pada itu, Fahmi berkata keselarasan hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terbukti menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi di Johor.

Beliau memberikan contoh Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang bukan sahaja memacu ekonomi, malah berupaya merapatkan jurang pembangunan antara daerah.

"Kemampuan PH bukan omong kosong tetapi telah terbukti di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang. Dengan tokoh berwibawa seperti Dr Maszlee Malik di Puteri Wangsa dan Onn Abu Bakar di Senggarang, kita yakin mampu membawa perubahan di Johor," katanya.

Mengenai manifesto PH, beliau mengesahkan gabungan itu akan meluncurkan manifesto khusus untuk PRN Johor dalam masa terdekat.

 
Back
Top
Log in Register