combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
PRN Johor: BN, PH Tumpu Dekati Akar Umbi, Pengundi Secara Bersemuka Pada Awal Kempen
Kredit: FB - Hafiz Roslan
Hari kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan parti-parti utama, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), memilih pendekatan hampir sama apabila mempergiat kempen akar umbi dengan turun padang bertemu dengan pengundi secara langsung di kawasan masing-masing.
Pemerhatian terhadap jadual kempen serta perkongsian calon menerusi media sosial menunjukkan aktiviti jelajah mesra atau walkabout di pasar awam, pasar tani, warung, restoran dan kawasan perumahan menjadi antara pengisian utama, berbanding penganjuran ceramah mega atau program berskala besar.
Bagi PH, calon di beberapa kerusi seperti Parit Raja, Kota Iskandar, Maharani, Kemelah, Endau dan Tenang memulakan kempen dengan program walkabout di pasar dan pusat komuniti.
Calon PH DUN Machap Nur Hafiz Roslan, yang berhadapan dengan calon BN yang juga Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, memilih bersarapan di warung tempatan di Simpang Renggam sambil beramah mesra dengan masyarakat.
Program berbentuk ziarah kasih atau lawatan dari rumah ke rumah turut menjadi antara aktiviti utama kebanyakan calon, termasuk menziarahi warga emas, pesakit dan tokoh masyarakat.
BN pula menampilkan pendekatan yang hampir serupa, misalnya calon DUN Kempas, Datuk Ramlee Bohani memulakan hari dengan mengunjungi Pasar Taman Dahlia bagi menyantuni peniaga dan pengunjung.
Di DUN Larkin pula, calon BN Mohd Hairi Mad Shah mengisi hari pertama kempen dengan perjumpaan bersama-sama jentera parti, mengadakan ziarah kasih ke rumah penduduk sebelum menutup kempen dengan program Gelombang Biru yang turut dihadiri Onn Hafiz.
Menariknya, kempen pada dua hari pertama masih belum memperlihatkan serangan politik yang agresif antara parti, sebaliknya sebahagian besar program lebih tertumpu kepada usaha memperkenalkan calon, mengukuhkan jentera, membina hubungan dengan komuniti dan meningkatkan kehadiran di lapangan.