BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diguling

21 Feb diumum cuti am sempena memperingati jasa Mugabe

image.jpg

HARARE 27 Nov. - Zimbabwe secara rasminya mengumumkan tarikh 21 Februari sebagai Hari Belia Kebangsaan Robert Gabriel Mugabe dan cuti am di negara itu, lapor akhbar Herald.

Lapor BBC.com memetik Presiden, Emerson Mnangagwa berkata Mugabe wajar diberikan penghormatan dan penghargaan kerana beliau merupakan salah seorang pengasas serta pemimpin Zimbabwe.

Tarikh itu dipilih kerana bersamaan dengan ulangtahun kelahiran Mugabe.

Mugabe yang juga merupakan bekas Presiden negara itu meletakkan jawatan minggu lalu selepas tentera melakukan rampasan kuasa dan bantahan oleh rakyat selama beberapa hari. - AGENSI

http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/zimbabwe-umum-cuti-am-mugabe-1.562063#ixzz4zfzwbIip
 
Mnangagwa beri tempoh 3 bulan pulangkan dana awam

image.jpg

HARARE 28 Nov. - Presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa memberi tempoh selama tiga bulan untuk memberi pengampunan kepada individu dan syarikat memulangkan semula dana awam yang dibawa ke luar negara.

Beliau berkata, kerajaan akan menahan dan mendakwa mereka yang gagal untuk berbuat demikian menjelang tarikh akhir tempoh pengampunan itu pada Februari tahun depan. - Reuters

http://www.utusan.com.my/berita/lua...an-pulangkan-dana-awam-1.562614#ixzz4zjsxtF4i
 
Chiwenga angkat sumpah Timbalan Presiden Zimbabwe

image.jpg

JENERAL Constantino Chiwenga mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Presiden di Harare, Zimbabwe.-AFP

HARARE 28 Dis - Bekas komander tentera Zimbabwe yang mengetuai pengambilalihan tentera bagi mengakhiri pemerintahan 37 tahun Robert Mugabe mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Presiden negara itu.

Jeneral Constantino Chiwenga, 61 yang bersara daripada jawatan Ketua Tentera minggu lalu mengangkat sumpah jawatan itu di Harare di bawah kepimpinan baharu yang diterajui Presiden, Emmerson Mnangagwa.

Dalam pada itu, Mnangagwa dilaporkan telah mewartakan faedah persaraan untuk bekas ketua negara dengan Mugabe menjadi individu pertama menerima manfaat tersebut.

Menurut agensi berita Xinhua, Mugabe, isterinya, serta anak mereka akan menerima kediaman rasmi baharu, elaun bantuan perubatan, elaun perumahan selain berhak mendapat pasport diplomatik dan perjalanan kelas pertama dalam negara sehingga maksimum empat perjalanan setahun.-AFP

http://www.utusan.com.my/berita/lua...at-sumpah-timbalan-presiden-zimbabwe-1.581033
 
Kah kah...pi mai tang tu jugak...kena tipu je lah
 
Menurut agensi berita Xinhua, Mugabe, isterinya, serta anak mereka akan menerima kediaman rasmi baharu, elaun bantuan perubatan, elaun perumahan selain berhak mendapat pasport diplomatik dan perjalanan kelas pertama dalam negara sehingga maksimum empat perjalanan setahun.-AFP

untung la da songlap duit rakyat, dapat bantuan lg...gilaaa betul...sama mcm yg kt malaysia
 
Presiden Mugabe nilah yang boros berbelanja untuk kepentingan diri sendiri, sampai mencetak wang kertas dalam negaranya tak tentu hala sehingga matawang negaranya tak laku.
 
2 bekas menteri Zimbabwe didakwa rasuah

image.jpg

BEKAS Menteri Tenaga, Samuel Undenge tiba di Mahkamah Majistret Harare di Harare, Zimbabwe semalam. - REUTERS

HARARE 6 Jan. - Dua bekas menteri Kabinet yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan pemimpin terdahulu, Robert Mugabe didakwa terlibat dalam skandal rasuah, menurut peguam mereka hari ini.

Bekas Menteri Luar, Walter Mzembi dan Menteri Tenaga, Samuel Undenge didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah.

Undenge dituduh memberikan kontrak tender sebanyak AS$12,650 (RM50,568) kepada syarikat yang tidak melakukan kerja, menurut kertas pertuduhan yang dilihat oleh Reuters.

Kedua-dua mereka dibebaskan hari ini tetapi diminta menyerahkan pasport dan ditahan sehingga 22 Januari sehingga kes dibicarakan. - REUTERS

http://www.utusan.com.my/berita/lua...eri-zimbabwe-didakwa-terlibat-rasuah-1.585909
 
pernah baca joke pasal mugabe ni lama dulu.. antara otak Us president dgn otak mugabe.. otak saper lagi mahal?
yg mahal otak mugabe sbb tak pernah pakai.
 
Mugabe gagal hadir perbicaraan parlimen Zimbabwe

DeS013CVMAA_pLO.jpg

HARARE: Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe hari ini sekali lagi gagal menghadiri satu perbicaraan Parlimen di mana beliau sepatutnya memberi bukti berkaitan isu rasuah dalam industri perlombongan berlian.

Pembuat dasar mahu menyoalnya berhubung dakwaan pada 2016, Zimbabwe menanggung kerugian AS$15 bilion (RM15.73 bilion) dari segi keuntungan berikutan rasuah dan eksploitasi asing dalam sektor berlian.

Pemimpin berusia 94 tahun itu yang disingkirkan daripada jawatan pada November lalu selepas 37 tahun berkuasa, juga gagal menghadiri perbicaraan minggu lalu tanpa memberi alasan.

"Kami menjangka bekas Presiden Robert Mugabe hadir selepas surat diserahkan kepadanya. Beliau tidak didakwa, ia semata-mata kami mahu mendengar daripada beliau dan memberi apa sahaja maklumat kepada kami," kata pengerusi jawatankuasa perlombongan dan anggota bebas Parlimen, Temba Mliswa kepada media.

Jawatankuasa itu juga menawarkan sesi memberi keterangan itu dilakukan di kediaman Mugabe.

Pemimpin itu memerintah Zimbabwe dari 1980-an hingga disingkirkan November lalu susulan rampasan kuasa seketika oleh tentera. Rejim kuku besinya dituduh menyeleweng hasil keuntungan berlian negara itu. -AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/af...abe-gagal-hadir-perbicaraan-parlimen-zimbabwe
 
Back
Top
Log in Register