BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diguling

Saya pernah baca berita pasal isteri Mugabe ni.
Punya le mewah dan membazir duit rakyat.
Kalau dia nak potong rambut, tukang rambut popular dari France akan dijemput dari France ke istana Zimbabwe.
 
Harap2 bini pemimpin negara asia tenggara tu tak sekuat bini Mugabe kuasanya, sebab bini Mugabe ni dah ada penyokong muda dalam parti politik dia, kalau negara Asia Tenggara tu jadi macam ni orang muda sokong, mamvus la :">

rosmah_mugabe_0710.JPG

Kiri-kanan: Rosmah Mansor dan Grace Mugabe

Kalau BFF, habislah!


Grace memandang rendah ja kat bini Najib.
Dia ingat dia power,dia tak tau bini Najib lagi power:D
 
Mugabe didesak letak jawatan

presdemugab.transformed_0.jpg


HARARE: Parti pimpinan Presiden Robert Mugabe, ZANU-PF, menggesa beliau meletak jawatan atau berhadapan tindakan dipecat.


Mugabe, pemerintah Zimbabwe sejak merdeka dari Britain pada 1980, berhadapan cabaran paling hebat selepas rampasan kuasa tentera Rabu lalu, menyasarkan penjenayah di sekeliling pemimpin itu.

Akhbar The Herald melaporkan, cawangan ZANU-PF di semua 10 wilayah mengadakan pertemuan dan mendesak pemimpin itu melepaskan jawatan.

Keadaan itu adalah bukti nyata kredibiliti dan kuasa pemimpin itu sudah jatuh, ekoran rampasan kuasa oleh tentera, Rabu lalu.

Malah, isteri Mugabe, Grace, yang bercita-cita mahu menggantikan suaminya juga didesak supaya meninggalkan parti itu.

Anggota kanan ZANU-PF terdahulu berkata, parti itu mahu pemimpin berkenaan meletak jawatan.

"Jika beliau berdegil, kami akan membuatkan beliau dipecat esok," katanya.

Laporan The Herald menyatakan, ZUNA-PF akan mengadakan perhimpunan khas Jawatankuasa Pusat, esok untuk menyusun semula parti revolusi dengan perkembangan politik terkini. - REUTERS


https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2017/11/352179/mugabe-didesak-letak-jawatan
 
Rakyat Zimbabwe mahu pemerintahan autoritarian berakhir

image.jpg


HARARE - ZIMBABWE. Rakyat Zimbabwe yang berhimpun di Harare dirakam memeluk anggota tentera tanda sokongan dan mengalu-alukan rampasan kuasa dilakukan pihak tentera.


Perhimpunan jalanan yang disokong oleh pihak tentera dan parti memerintah, Zanu-PF itu juga menuntut presiden, Robert Mugabe meletak jawatan.

Angkatan tentera Zimbabwe (ZDF) mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap himpunan rakyat Zimbabwe, hari ini.

"ZDF menasihatkan, selagi perhimpunan dilakukan dengan teratur dan aman, tanpa timbul unsur-unsur keganasan, (ZDF) menyokong penuh perhimpunan ini," kata kenyataan ZDF, semalam.

"Sebagai rakyat Zimbabwe, kami mahu ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada angkatan tentera kerana merampas kuasa dengan aman," kata seorang peserta perhimpunan.

Menurutnya, peletakan jawatan Mugabe bermakna berakhirlah era pemerintahan autoritarian.

"Ini adalah satu revolusi. Revolusi yang ditunggu sejak sekian lama," kata seorang lagi peserta.

Veteran-veteran perang yang sebelum ini antara penyokong kuat Mugabe juga mahukan beliau meletak jawatan.

Pengerusi persatuan veteran perang, Christopher Mutsvangwa antara individu yang bertanggung jawab mengumpul peserta dikalangan veteran perang.

"Kami mahu kebanggaan kami ditebus semula, dan hari ini adalah harinya. Kami mahu habiskan apa yang pihak tentera mulakan.

"Tiada pilihan lain untuk Mugabe. Beliau harus pergi," kata Christopher.

Sementara itu, lapan dari 10 cawangan parti Zanu-PF mengundi untuk peletakan jawatan Mugabe sebagai presiden dan setiausaha parti.

Tidak cukup dengan itu, sebahagian pemimpin parti daerah muncul di kaca televisyen, menuntut peletakan jawatan Mugabe.

Mereka juga menggesa isteri Mugabe, Grace dilucutkan jawatan dari parti dan bekas Timbalan Presiden Zimbabwe yang dipecat, Emmerson Mnangagwa dilantik semula menjadi ahli jawatankuasa pusat parti.

Pemecatan Mnangagwa sebelum ini didakwa helah Mugabe untuk memberi laluan mudah kepada Grace untuk menjadi presiden Zimbabwe.

Mugabe, 93, ketika ini berada dibawah perintah tahanan rumah sejak rampasan kuasa, Rabu lalu.

Bagaimanapun, beliau muncul kali pertama di khalayak ramai semalam untuk menghadiri majlis graduasi sebuah universiti.


http://www.sinarharian.com.my/globa...u-pemerintahan-autoritarian-berakhir-1.759229
 
Penunjuk perasaan berarak ke rumah Mugabe

18mugambe.transformed.jpg


HARARE: Ratusan penunjuk perasaan yang mendesak pengunduran Robert Mugabe menyahut gesaan seorang pemimpin veteran pembebasan perang, hari ini dan berarak ke kediaman 'Blue Roof' Presiden Zimbabwe.


Setiausaha Agung veteran perang Victor Matemadanda memberitahu perhimpunan antiMugabe di bandar Highfield di sini, mereka perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin itu dan isterinya.

"Marilah kita pergi dan menghantar mesej bahawa 'datuk' Mugabe dan jurutaip yang juga isterinya, perlu pulang," katanya kepada perhimpunan itu.

Sambil Matemadanda bercakap, orang ramai mula meninggalkan perhimpunan itu menuju ke kediaman mewah Mugabe, 'Blue Roof'. - Reuters


https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2017/11/352440/penunjuk-perasaan-berarak-ke-rumah-mugabe
 
ZANU-PF bincang pemecatan Mugabe, isteri hari ini

image.jpg

SEKUMPULAN penunjuk perasaan berarak di Cape Town, Afrika Selatan, semalam bagi menuntut Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe berundur daripada memegang jawatan itu. -REUTERS

HARARE 19 Nov. - Parti memerintah Zimbabwe, ZANU-PF dijangka mengadakan pertemuan hari ini bagi memecat Presiden, Robert Mugabe dan melantik semula Timbalan Presiden yang dipecat, Emmerson Mnangagwa untuk memegang jawatan itu.

Maklumat terbaharu itu didedahkan dua sumber daripada parti berkenaan kepada Reuters, semalam.

Menurut sumber tersebut, jawatankuasa pusat parti yang akan bermesyuarat kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia) juga dijangka memecat isteri Mugabe, Grace daripada tugasnya selaku Ketua Liga Wanita parti itu ketika ini.

Pemerintahan Mugabe, 93, selama hampir 37 tahun di Zimbabwe sebelum ini berakhir menerusi satu rampasan kuasa oleh tentera, Rabu lalu. -REUTERS


http://www.utusan.com.my/berita/lua...mugabe-isteri-hari-ini-1.555888#ixzz4yqt3bR6L
 
Back
Top
Log in Register