BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diguling

Mugabe bertegas enggan berundur

16mubabe.transformed.jpg


HARARE: Presiden Robert Mugabe menegaskan, beliau kekal pemerintah tunggal Zimbabwe dan menolak usaha perantara seorang paderi Katolik bagi membolehkan bekas pemerintah gerila berusia 93 tahun itu berundur susulan rampasan tentera.


Sumber politik yang ditahan bersama Mugabe dan isterinya Grace di kediaman 'Rumah Biru' mewah berkata, pemimpin itu tiada rancangan meletak jawatan secara sukarela sebelum pilihan raya dijadualkan tahun depan.

"Ia seperti satu konflik, satu kebuntuan. Mereka bertegas presiden perlu menghabiskan penggal pentadbirannya," kata sumber.

Pengambilalihan tentera itu memberi isyarat runtuhnya kepimpinan Mugabe, dalam tempoh kurang 36 jam selepas rangkaian keselamatan, perisikan dan sokongan mempertahankan pemimpin itu sepanjang 37 tahun berkuasa dan menjadikannya seorang 'Lelaki Tua Agung' dalam politik Afrika.

Paderi itu, Fidelis Mukonori, yang menjadi perantara antara Mugabe dan jeneral yang merampas kuasa semalam dalam satu operasi sasaran menentang 'penjenayah' dalam kumpulannya, ada menunjukkan sedikit kemajuan, kata sumber politik kanan kepada Reuters.

Tentera jelas mahukan Mugabe, yang memimpin Zimbabwe sejak mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 1980-an, berundur secara senyap dan membolehkan peralihan lancar tanpa pertumpahan darah kepada bekas Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa.

Masih dilihat ramai di Afrika sebagai wira kebebasan, Mugabe dipersendakan di Barat sebagai seorang pemimpin zalim yang menguruskan secara teruk ekonomi dan kesediaannya menggunakan keganasan untuk mengekalkan kuasanya.

Satu ketika dulu negara makmur, ekonomi Zimbabwe runtuh berikutan rampasan ladang milik golongan kulit putih pada awal tahun 2000, diikuti syarikat percetakan wang yang melarikan diri, menjurus kepada inflasi sebanyak 500 bilion peratus pada 2008.

Jutaan penduduk, daripada pegawai bank berkemahiran tinggi sehingga petani separa celik, berhijrah. Kebanyakannya ke negara jiran Afrika Selatan, di mana anggaran tiga juta masih hidup, walaupun ekonomi pulih seketika ketika tempoh perkongsian kuasa antara 2009 hingga 2013.

Rakaman video diperoleh Reuters dari rumah yang menempatkan dua sekutu utama Grace Mugabe, menteri kabinet Jonathan Moyo dan Saviour Kasukuwere, menunjukkan, tentera bersedia menggunakan kekerasan jika perlu.

Pintu hadapan kediaman Moyo diletupkan dengan bahan letupan, menyebabkan kaca berkecai di dewan masuk, sementara dinding dalam rumah Kasukuwere dipenuhi lubang peluru.

Kedua-duanya berjaya melarikan diri pada petang rampasan ke rumah Mugabe, di mana mereka kekal dalam tahanan rumah, kata satu sumber politik. -Reuters


https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2017/11/351697/mugabe-bertegas-enggan-berundur
 
ptot la misai pun tiru hitler. sejembut kt tengah
 
Mugabe muncul kali pertama selepas rampasan kuasa

image.jpg

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe muncul di khalayak ramai untuk kali pertama hari ini. - Foto sumber EPA

HARARE - ZIMBABWE. Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe muncul di khalayak ramai untuk kali pertama hari ini selepas angkatan tentera kerajaan membuat rampasan kuasa, Rabu lalu.

Menurut laporan BBC, Mugabe, 93 dikawal ketat oleh pegawai tentera ketika menghadiri satu majlis graduasi.

Majlis itu diadakan oleh Universiti Terbuka Zimbabwe, di mana Mugabe memegang jawatan sebagai kaunselor.

Isteri Mugabe, Grace dan Menteri Pendidikan, Jonathan Moyo dilaporkan tidak bersama beliau.

Laporan sebelum ini mengatakan kediaman sekutu Grace diserbu oleh angkatan tentera.

Tentera kerajaan bertindak merampas kuasa selepas Mugabe memecat Timbalan Presiden, Emmanuel Mnangagwa yang dianggap penganti presiden oleh orang ramai.

Pemecatan Mnangagwa juga didakwa dibuat untuk memberikan laluan mudah untuk Grace menggantikan Mugabe sebagai presiden.

Mugabe yang memerintah Zimbabwe hampir empat dekad berdepan tekanan peletakan jawatan dari angkatan tentera.

Bagaimanapun, Mugabe 'masih berdegil' dan Afrika Selatan menghantar wakil mereka untuk membantu rundingan di antara Mugabe dan pihak tentera. - BBC


http://www.sinarharian.com.my/global/mugabe-muncul-kali-pertama-selepas-rampasan-kuasa-1.758875
 
Rakyat Zimbabwe perlu pilih kerajaan sendiri, kata Amerika

17rex.transformed.jpg


WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Rex Tillerson berkata hari ini, rakyat Zimbabwe perlu dibenarkan memilih kerajaan sendiri menerusi pilihan raya demokratik susulan rampasan tentera.


Tillerson berkata, semua pihak perlu bekerja bersama untuk kembali kepada pemerintahan awam menurut perlembagaan.

"Kita semua perlu bekerja bersama untuk kembali dengan segera kepada pemerintahan awam mengikut perlembagaan negara," katanya sebelum rundingan bersama menteri luar Afrika.

Terdahulu, Presiden Zimbabwe Robert Mugabe membuat kemunculan menentang dalam satu majlis graduasi universiti, namun kuasa di ibu kota ini jelas beralih ke tangan tentera.

Washington bukan rakan Mugabe yang memerintah Zimbabwe selama 37 tahun sepanjang kemerdekaannya, namun masih ragu-ragu mempertahankan rampasan kuasa tentera itu.

Kesatuan Afrika (AU) yang mengambil pendekatan tegas ke atas pengambilalihan tentera terbaharu, menyerahkan kes itu di tangan blok serantau Afrika Selatan diketuai SADC (Komuniti Pembangunan Afrika Selatan).

Laporan dari rantau itu mendakwa Afrika Selatan menyedari pelan tentera Zimbabwe, dilancarkan selepas Mugabe, 93, memecat Naib Presiden Emmerson Mnangagwa.

Secara kebetulan, Tillerson menganjurkan satu mesyuarat dirancang sebelum itu bersama 36 menteri luar Afrika di Washington.

Wakil atasan AS itu yang berkata, beliau bercadang melawat benua itu awal tahun depan menggesa tetamu melihat krisis itu sebagai peluang menolak Zimbabwe ke arah pembaharuan lebih bermakna.

"Zimbabwe memiliki peluang menetapkan dirinya di laluan baharu yang termasuk pilihan raya demokratik dan menghormati hak asasi manusia.

"Pada akhirnya, rakyat Zimbabwe perlu memilih kerajaan mereka," katanya, menegaskan sambil menggesa tetamunya membincangkan cara lebih konkrit membantu peralihan itu. -AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2017/11/352079/rakyat-zimbabwe-perlu-pilih-kerajaan-sendiri
 
Aku tak percaya cakap ahli politik haji. Sembang boleh lah hj hadi ni. Belakang pisau sudah nak sampai. Ahlli politik dpn cakap lain tangan kaki buat lain. Politik la kan

Hjhadi bkn ahli politik tp tokoh agamawan.. ulamak...
 
Back
Top
Log in Register