BTC USD 81,258.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prediction : ASB Dividen 2021 ?

Status
Not open for further replies.
pandai bank.. panjangkan tempoh pinjaman jadi byrn bulanan jadi kecik.. yg lama2 mcm aku ni byr 1200 sebulan jadi melingkup hehe
 
selagi korang jadi hamba bank, takde maknanya nak untung. bank kaut semua dulu 10-15 tahun. korang bayar banyak kat interest je. hahaha. letih dah aku berhutang ni. cukup2 lah.
 
pandai bank.. panjangkan tempoh pinjaman jadi byrn bulanan jadi kecik.. yg lama2 mcm aku ni byr 1200 sebulan jadi melingkup hehe
mmg bang..sy dulu 100 k ada jgk byr 600++...skrg..10ok ..565...

ni pon loan tarik 29 @ 30 tahun..lupa dah
 
dengan keadaan ekonomi yg lembab....matawang yg teruk ....hutang yg semakin bertambah.....
jd tahun depan mungkin lebih teruk....rasanya temimated loan lebih baik...tq
 
selagi korang jadi hamba bank, takde maknanya nak untung. bank kaut semua dulu 10-15 tahun. korang bayar banyak kat interest je. hahaha. letih dah aku berhutang ni. cukup2 lah.
Tolong share calculation kat mana yg x untung tu?
 
Tolong share calculation kat mana yg x untung tu?

memang untung...yang tak untung..apabila dapat duit dividen pi buat belanja....lupa yang duit dividen tu wat cover interest....

duit yang kita simpan bulan2 tu lah duit kita....

penuhkan ASB dgn loan boleh...cuma kena fix kan bayaran sebulan berapa dan selama berapa lama...dan paling penting...duit tu x boleh guna....

jadi bila nak buat loan...kena kira siap2 berapa duit yang aku perlu keluarkan setiap bulan dari hasil pendapatan dan memang setiap bulan kena keluarkan....

awal tahun depan ambil duit dividen cover balik bayaran interest bank...

lebihan tu lah dpt untung....

terpulang pada masing2 lah...pada aku tak berbaloi...lebih baik aku bisnes sendiri...lg banyak untung...heheheheh
 
yang buat loan dah boleh pikir camne nak topap sket untuk bayaran bulanan
 
setuju bang bagi aku tetap x untung kalo dividen rendah haha sbb kadang2 idup ni x indah dari kita jangka.. time tu la keta rosak, eksiden ke, perbelanjaan yg x dirancang..kalo simpan sendiri boleh jgk nak skip..
 
Dividen ASB paling rendah: PNB perlu agresif melabur di ekuiti antarabangsa

pnb.jpg

SHAH ALAM - Jumlah agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5 sen seunit dan bonus 0.5 sen bagi tahun ini dijangka tidak akan berulang tahun depan sekiranya Permodalan Nasional Bhd (PNB) lebih agresif melabur di ekuiti antarabangsa.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelaburan antarabangsa memberi pulangan lumayan berbanding dalam negara.

Menurutnya, agihan pendapatan tahun ini diakui paling rendah dalam sejarah apabila dipengaruhi kemerosotan indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

“Pelaburan PNB dengan FBM KLCI adalah 7.5 peratus dalam bentuk ekuiti yang majoritinya domestik.

“Bila indeks pelaburan FBM KLCI jatuh lebih kurang 7.2 peratus, ia memberi kesan terhadap agihan pendapatan ASB namun sebenarnya PNB telah memberi pulangan pelaburan sebanyak 12.7 peratus.

“Maka sebab itu PNB masih mampu memberi pulangan yang positif tahun ini kerana disebabkan agihan keuntungan berjumlah RM9 bilion itu adalah datangnya daripada untung pelaburan yang telah direalisasikan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ahmed Razman berkata, pelaburan yang direalisasikan bermaksud hasil daripada jualan ekuiti dan perolehan dividen, bukan untung ‘atas kertas’.

Menurutnya, masyarakat terutama pelabur seharusnya sedia maklum bahawa ASB merupakan pelaburan jangka panjang.

“Kalau kita lihat purata pulangan pelaburan ASB sejak 1990 sehingga sekarang, ia lebih kurang 9.7 peratus.

“Maka bagi pelaburan jangka masa panjang, ASB masih lagi memberi pulangan tertinggi berbanding dana pelaburan lain,” katanya.

Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz kelmarin mengumumkan agihan pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Sumber : sinar harian
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register