BTC USD 81,021.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prediction : ASB Dividen 2021 ?

Status
Not open for further replies.
info daripada FB

Screenshot-554.jpg

Screenshot-555.jpg

Screenshot-556.jpg

Screenshot-557.jpg

masih untung klu dividen lagi tinggi dari interest..
tapi loan CIMB aku 5.2%..hampir2 rugi dah ni..harap2 tahun depan ok..klu x, mmg terpaksa batalkan loan..
 
dengan keadaan ekonomi yg lembab....matawang yg teruk ....hutang yg semakin bertambah.....
jd tahun depan mungkin lebih teruk....rasanya temimated loan lebih baik...tq

Good move...tahun depan kita tak tahu apa nasib kita lagi...
 
Dividen ASB paling rendah: PNB perlu agresif melabur di ekuiti antarabangsa

pnb.jpg

SHAH ALAM - Jumlah agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5 sen seunit dan bonus 0.5 sen bagi tahun ini dijangka tidak akan berulang tahun depan sekiranya Permodalan Nasional Bhd (PNB) lebih agresif melabur di ekuiti antarabangsa.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelaburan antarabangsa memberi pulangan lumayan berbanding dalam negara.

Menurutnya, agihan pendapatan tahun ini diakui paling rendah dalam sejarah apabila dipengaruhi kemerosotan indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

“Pelaburan PNB dengan FBM KLCI adalah 7.5 peratus dalam bentuk ekuiti yang majoritinya domestik.

“Bila indeks pelaburan FBM KLCI jatuh lebih kurang 7.2 peratus, ia memberi kesan terhadap agihan pendapatan ASB namun sebenarnya PNB telah memberi pulangan pelaburan sebanyak 12.7 peratus.

“Maka sebab itu PNB masih mampu memberi pulangan yang positif tahun ini kerana disebabkan agihan keuntungan berjumlah RM9 bilion itu adalah datangnya daripada untung pelaburan yang telah direalisasikan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ahmed Razman berkata, pelaburan yang direalisasikan bermaksud hasil daripada jualan ekuiti dan perolehan dividen, bukan untung ‘atas kertas’.

Menurutnya, masyarakat terutama pelabur seharusnya sedia maklum bahawa ASB merupakan pelaburan jangka panjang.

“Kalau kita lihat purata pulangan pelaburan ASB sejak 1990 sehingga sekarang, ia lebih kurang 9.7 peratus.

“Maka bagi pelaburan jangka masa panjang, ASB masih lagi memberi pulangan tertinggi berbanding dana pelaburan lain,” katanya.

Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz kelmarin mengumumkan agihan pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Sumber : sinar harian


melabur la kt company2 yg buat sistem e-hailing/delivery (grab,foodpanda,jommakan)...
 
so kira mcm mana ni...

aku tak pernah buat loan ASB...tapi terfikir nak buat tahun depan.....

elok ke tak rasanya?? atau better tak payah?

susah nak cakap..
tunggu je tahun depan punya dividen baru tau bagus ke tak buat loan..

klu dpt bayar dividen lebih dari bayaran bulan itu dah dikira baik..
 
so kira mcm mana ni...

aku tak pernah buat loan ASB...tapi terfikir nak buat tahun depan.....

elok ke tak rasanya?? atau better tak payah?
buat je sbg simpanan
peram dr awal sampai habis jgn keluar kan dividen
hujung2 baru lah enjoy
 
Maaf nak bertanya.. Date bila kita bole lihat dividen dalam akaun asb
 
Tolong share calculation kat mana yg x untung tu?

Tolak lagi 3.5% utk inflation. Actually memang rugi buat loan asb. Jadi hamba bank bertahun2 nak buat apa. Simpan sendiri je lah. pupuk disiplin tanpa perlu "forced commitment". kalau pun ada untungnya asb ni, lepas 10 tahun lah baru merasa sebab portion interest bank makin kurang.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register