BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pray For Sarawak - Banjir.

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Kalau dah ada thread, merge lah ya.
Mangsa banjir di Sarawak terus meningkat 4,887 orang


Kesemua mangsa terdiri daripada 1,419 keluarga yang ditempatkan di 31 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). - Astro AWANI
KUCHING: Setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa di Sarawak terus meningkat kepada 4,887 orang berbanding 3,435 orang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kesemua mangsa terdiri daripada 1,419 keluarga yang ditempatkan di 31 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Tujuh bahagian terjejas akibat bencana tersebut iaitu Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

Kota Samarahan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,857 mangsa daripada 534 keluarga, Serian 1,564 orang (459 keluarga), Bintulu 504 mangsa (145 keluarga), Sibu 388 orang (119 keluarga), Mukah 271 mangsa (84 keluarga), Limbang 271 mangsa (64 keluarga) dan Sri Aman 32 mangsa (14 keluarga).

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataannya melaporkan terdapat 43 sekolah terpaksa ditutup akibat banjir yang melibatkan 5,380 pelajar, 677 guru dan 249 staf sokongan sekolah.



27657808_1715806088465762_8806523158654123822_n.jpg
27751733_1715806175132420_9098798505056728973_n.jpg
27752527_1715806201799084_6220384252805332736_n.jpg
27752559_1715806235132414_9085272209918661128_n.jpg
27752444_1715806265132411_1062163341984672580_n.jpg
27540750_1715806285132409_198630399216912002_n.jpg
27545199_1715806315132406_8113146677730289011_n.jpg
27657712_1715806331799071_1318643800742243656_n.jpg
27540897_1715806371799067_6123239700963680216_n.jpg
 
SERIAN

Keadaan di pusat penempatan sementara banjir di Dewan Masyarakat Serian. Lebih 100 orang mangsa berjaya dipindahkan ke sini.

Kredit pic to: Mr Vin Ike2


27544970_1715898241789880_2790555979508169405_n.jpg
27540387_1715898508456520_1502575981090077561_n.jpg
27657461_1715898741789830_7226171082203801567_n.jpg
27657809_1715898761789828_7200376552491871819_n.jpg
 
Last edited:
banyak viral buruk beradar di media sosial.. salah satunya tiada bantuan...
 
MasyaAllah. Jadi kes macam kat kelantan ujung 2014 ke?

Semoga banjir cepat reda dan segala urusan dipermudahkan
 
Puncanya hujan lebat atau paras sungai cetek akibat pembalakan?
 
teruk jugak ni...harap2 bantuan ke kwsn terlibat disegerakan..
 
13 Mac - KEADAAN banjir kilat yang melanda di pekarangan bangunan Hospital Umum Sarawak (HUS) disebabkan hujan lebat melanda Bandaraya Kuching awal pagi tadi.

DYIEju4VoAAxR-8.jpg

DYIEju1VQAAB-mC.jpg
 
projek jln pan borneo pun tggelam...
moga tabah hadapi ksukaran
 
Back
Top
Log in Register