Setuju jika perlaksanaannyer secara berperingkat2...
Tak setuju jika perlaksanaannyer secara mendadak cam sekarang(6 tahun lepas...)
masalahnyer cikgu yang ngajar pun broken english... anak murid lagi la teruk... gi hantar cikgu belajar bahasa inggeris dulu... dapat master dlm kesusasteraan english dulu... baru ler ajar anak murid... wajibkan semua guru lepasan maktab (x kira apa mata pelajaran yg diaorang ajar) dapat master dalam english dulu baru kuar gi mengajar....
p/s: jgn mare ye cikgu dan cikgi
tak ada orang yang menyarankan guru BI yang sepatutnya dihantar kursus Bahasa Inggeris, padahal rata-ratanya lemah dalam subjek yang di ajar.
Tak perlu cabar kenyataan ini, sebab ini pengalaman aku baik sebagai bekas pelajar sekolah, mahupun sebagai seorang yang mempunyai ramai kenalan guru-guru BI.
Yang lebih ditekankan adalah ke-broken-an Inggeris guru S&M yang sememangnya orang S&M.
Ramai penyokong PPSMI mengeluh bila guru-guru S&M mengajar dalam BM, tetapi jarang di antara golongan be-BAL ini mengungkit sikap guru BI mengajar dalam BM.
Bukan sahaja murid, untuk memahami S&M harus tahu BI terlebih dahulu, tapi guru juga untuk menyampaikan ilmu harus dapat master dalam kesusasteraan Inggeris lebih dahulu?
Kenapa buang duit naiktaraf BI guru S&M? Kenapa tidak pastikan guru-guru S&M mendapat Master dalam Sains dan Matematik, serta PhD pendidikan/pedagogi?
tahun 80an dan 90an kita banyak menyaksikan kelahiran jurutera Melayu.
lagi 10 tahun kita akan menyaksikan kelahiran ramai tukang jawab telefon (call centre operator) Melayu. Itu pun nanti gaji selalu kena kelentong dengan tauke sebab Pandai Inggeris tapi dobo-H Matematik.