BTC USD 82,707.5 Gold USD 4,112.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ppsmi apa pendapat anda?

Adakah ada bersetuju PPSMI diteruskan?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Pelajar terbaik SPM 2008 bila ditanya oleh IKIM ttg Math Science dlm BI, macam mana beliau boleh kuasai pun jawab... kena faham BI dulu baru mudah faham Math Science dlm BI...

pendek kata... beliau pandai/faham BI... baru dpt kuasai Math Science...
Bukan sebab Math Science dlm BI, baru pandai BI....
 
maaf tuan megat, tapi saya suka untuk mengetahui..

Beri bukti yang tidak boleh dicabar bahawa PPSMI :
1. tidak dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
2. akan menggugat prestasi Matematik dan Sains
3. akan mencabar penguasaan Bahasa Melayu oleh murid-murid.
4. akan menyalahi perlembagaan dan mana-mana undang-undang.
5. akan menjadikan seseorang itu kurang Melayunya.
6. akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Ilmu, bahasa pemersatuan dan bahasa rasmi.

aku dah bagi berjibun, kat banyak thread.

http://carigold.com/portal/forums/search.php?searchid=2650931

dan terutamanya yang ini :

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=78224&highlight=ppsmi

sila baca sendiri.

Dan kamu sebagai penyokong PPSMI, yang telah mengadakan PPSMI di sekolah, walaupun ditentang golongan akademik dan pendidik, tanpa perbincangan, tanpa kajian, kamu yang berhutang kepada kami. Hutang penjelasan, hutang pembuktian kerana sudah 6 tahun PPSMI dijalankan yang kami nampak hasilnya gagal.

Jika kamu merasakan kamu tidak gagal, kamu harus kemukakan hujah kamu untuk mewajarkan PPSMI.

Kami juga pembayar cukai, Bahasa Melayu dan budaya Melayu budaya kami.

1. tidak dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
Hanya 4% pelajar yang mendapat manfaat dari PPSMI.

Hanya 33% yang menjawab Sains dalam BI, hanya 44% menjawab Matematik dalam BI.

Berapa peratuskah kandungan BI dalam jawapan kertas matematik?

Satu kajian yang dilakukan oleh seorang profesor linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia, mendapati 98 peratus guru mengatakan murid mereka mengalami masalah dalam mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.



2. akan menggugat prestasi Matematik dan Sains
lebih 50% gagal matematik UPSR di Kelantan, Perlis dan Sabah.


4. akan menyalahi perlembagaan dan mana-mana undang-undang.
Sila rujuk laporan polis oleh Gapena terhadap Hishamudin.
Pekeliling dan arahan kepada IPTA untuk menggunakan BI di universiti awam adalah menyalahi perlembagaan, akta pendidikan dan dasar pendidikan negara.
5. akan menjadikan seseorang itu kurang Melayunya.
sila rujuk tulisan Datuk Hassan Ahmad, Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), Anthony Milner, Aminudin Baki, Prof Ungku Aziz, Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, James Collin, A Samad Said,

memetik kata Taufik Ikram Jamil

Melayu itu pada bahasanya!

Dibuang bahasa itu, tiadalah lagi Melayu Tuan.

Goh Chok Tong (27 Julai 1997) sendiri kata :
"Selepas 25 tahun melaksanakan pendidikan dalam bahasa Inggeris, maka kita sudah melahirkan sebuah generasi muda Cina, yang hanya jasadnya Cina, tetapi budayanya bukan Cina lagi.

Kita dapat melihat buktinya dengan mudah. Apabila kita menghantarkan mereka ke negara Barat bagi melanjutkan pelajaran, mereka dengan mudah menyesuaikan diri.

Kemudian, selepas tamat pengajian, mereka tidak pulang lagi ke Singapura. Sekiranya mereka pulang pun, mereka akan membawa teman hidup dari sanal"


6. akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Ilmu, bahasa pemersatuan dan bahasa rasmi.

Pendidikan vernakular selama ni pun dah cukup untuk mensegregasikan kita.

Inikan pula dengan PPSMI?
 
@mesyamsul

semua jawapan ada di sini :http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=78224&highlight=ppsmi

saya tunggu jawapan kamu.

jika tak boleh jawab, maka wajib untuk kamu sebagai anak melayu berjuang menghapuskan PPSMI.

Penentang PPSMI bukan sahaja ahli akademik, sasterawan, ahli bahasa, PAS, PKR dan DAP tapi juga MCA, MIC.

Tidak ketinggalan beberapa orang tokoh besar dalam UMNO sendiri menentang.

Ghani Othman, Shafie Afdal, Rais Yatim, KJ, Puad Zarkashi, serta ramai lagi turut menentang. UMNO Johor secara lantangnya turut menentang.
 
Last edited:
Pelajar terbaik SPM 2008 bila ditanya oleh IKIM ttg Math Science dlm BI, macam mana beliau boleh kuasai pun jawab... kena faham BI dulu baru mudah faham Math Science dlm BI...

pendek kata... beliau pandai/faham BI... baru dpt kuasai Math Science...
Bukan sebab Math Science dlm BI, baru pandai BI....

Belajar Math dan Science dlm BI utk faham terms Math dan science dlm English.Sbb itu nak pandai BI kena faham dan belajar subjek BI itu sendiri...:)
 
last week aku pergi sekolah rendah di JB utk jumpa kawan aku yg mengajar di sana..

kawan aku tunjuk bukti dah...mmg gagal segagalnya...

murid2 tak faham..paling menyedihkan, mereka terpaksa menghafal 2 3 perkataan utk faham maksud..nak faham konsep topik yg diajar lagi la

aduhai..sedih aku..melihat anak2 bangsaku...

megat sri rama..aku tarik balik hujah2 ku,..aku insaf:"> :((:((
 
@mesyamsul

semua jawapan ada di sini :http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=78224&highlight=ppsmi

saya tunggu jawapan kamu.

jika tak boleh jawab, maka wajib untuk kamu sebagai anak melayu berjuang menghapuskan PPSMI.

Penentang PPSMI bukan sahaja ahli akademik, sasterawan, ahli bahasa, PAS, PKR dan DAP tapi juga MCA, MIC.

Tidak ketinggalan beberapa orang tokoh besar dalam UMNO sendiri menentang.

Ghani Othman, Shafie Afdal, Rais Yatim, KJ, Puad Zarkashi, serta ramai lagi turut menentang. UMNO Johor secara lantangnya turut menentang.

terima kasih.. akan sy semak..:)
 
Belajar Math dan Science dlm BI utk faham terms Math dan science dlm English.Sbb itu nak pandai BI kena faham dan belajar subjek BI itu sendiri...:)

kalau belajar dlm BM , term kekal dlm BI salah ker????? Lagi sennag cikgu nak mengajar...
 
nanti tempat sekolah pun jadi bahasa rojak. kita asyik dok salahkan remaja².
 
last week aku pergi sekolah rendah di JB utk jumpa kawan aku yg mengajar di sana..

kawan aku tunjuk bukti dah...mmg gagal segagalnya...

murid2 tak faham..paling menyedihkan, mereka terpaksa menghafal 2 3 perkataan utk faham maksud..nak faham konsep topik yg diajar lagi la

aduhai..sedih aku..melihat anak2 bangsaku...

megat sri rama..aku tarik balik hujah2 ku,..aku insaf:"> :((:((

xpa xperlu tegakkan benang yg basah..hang sendiri dah nampak depan mata...
moh apa lagi kita tentangg PPSMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIi :(scam
 
Belajar Math dan Science dlm BI utk faham terms Math dan science dlm English.Sbb itu nak pandai BI kena faham dan belajar subjek BI itu sendiri...:)


jd apa sebenarnya yg diperjuangkan PPSMI??
hang sendiri mengaku nak pandai BI kenala belajar BI tu sendiri...:p
 
Back
Top
Log in Register