BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penutupan jalan bagi Grand Prix SG: Apa yang perlu anda tahu

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25

Penutupan jalan bagi Grand Prix SG: Apa yang perlu anda tahu​

screenshot_2026-09-04_132013.jpg

Pemandu McLaren dari Australia, Oscar Piastri, memandu keretanya semasa Grand Prix Formula Satu Singapura di Litar Jalan Raya Marina Bay pada 5 Okt 2025. (Gambar: AP/Vincent Thian)

SINGAPURA: Beberapa jalan di kawasan Marina Centre dan Padang akan ditutup selama tujuh hari pada Oktober sempena Grand Prix Singapura.

Penutupan jalan akan berlangsung dari 7 hingga 13 Oktober.

IKLAN

Grand Prix Singapura akan berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober. Namun seperti tahun-tahun sebelumnya, penutupan jalan raya perlu ditutup untuk membolehkan prasarana perlumbaan dipasang dan kemudian diturunkan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (4 Sep).

LTA menyatakan pihak penganjur perlumbaan sudah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan gangguan lalu lintas.

Orang ramai dan pemegang tiket F1 turut digalakkan menggunakan pengangkutan awam sepanjang tempoh tersebut.

JALAN YANG TERJEJAS

Jalan-jalan yang terjejas akan mula ditutup pada 12.01 tengah malam, 7 Oktober bagi membolehkan prasarana perlumbaan dipasang.

IKLAN

Selepas perlumbaan berakhir, jalan akan dibuka semula secara berperingkat supaya lalu lintas dapat kembali seperti biasa secepat mungkin.

Semua jalan terjejas dijangka dibuka sepenuhnya menjelang 5.30 pagi pada 13 Oktober.

Pegawai polis bantuan akan dikerahkan sepanjang tempoh penutupan jalan itu untuk mengawal lalu lintas dan membantu orang ramai.

Antara jalan yang terjejas ialah St Andrew's Road, Esplanade Drive, Raffles Boulevard, Republic Boulevard, Raffles Avenue dan Bayfront Avenue.

Beberapa laluan jalan raya akan dibuka pada waktu tertentu untuk memudahkan pergerakan trafik pada waktu sibuk sebelah pagi dan petang.
Sepanjang tempoh penutupan jalan, para pemandu masih boleh memasuki Marina Centre melalui Rochor Road menuju ke Temasek Boulevard.

IKLAN

Sebagai pilihan lain, mereka boleh menggunakan satu lorong di Raffles Boulevard yang dikhaskan sebagai laluan masuk menerusi Nicoll Highway atau Temasek Boulevard untuk ke Marina Centre.

Namun, laluan ini tidak boleh digunakan oleh bas serta kenderaan dengan nombor pendaftaran bermula W, X atau Y.

Akses tersebut juga hanya dibenarkan pada waktu-waktu tertentu disebabkan perlumbaan SPRINT baharu yang diperkenalkan di Singapura tahun ini.
LTA sekali lagi menggalakkan orang ramai dan pemegang tiket F1 supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke Marina Centre dan kawasan Padang.

Teksi dan kereta sewa privet juga boleh digunakan sebagai pilihan perjalanan.

Teksi dan motosikal boleh menggunakan lorong masuk tersebut pada setiap masa, kecuali ketika kegiatan perlumbaan F1 berlangsung di litar.

IKLAN

Papan tanda arah juga akan dipasang di sekitar kawasan tersebut bagi membantu pemandu.

Tempat letak kereta di Suntec City, Millenia Walk dan Marina Square akan terus dibuka kepada orang ramai.

PENGANGKUTAN AWAM

LTA menyatakan waktu operasi MRT juga akan dilanjutkan pada hari acara dari 9 hingga 11 Oktober.

Khidmat MRT terakhir bagi Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat akan berlepas dari stesen MRT City Hall pada 12.30 tengah malam pada 9 dan 10 Oktober.

Pada 11 Oktober pula, MRT terakhir akan berlepas pada 12.45 pagi.

Waktu operasi laluan MRT lain juga akan dilanjutkan, kecuali khidmat ke Lapangan Terbang Changi.

Bagi melengkapi lanjutan waktu operasi kereta api, beberapa khidmat bas yang menghubungkan stesen MRT juga akan beroperasi lebih lama.

SBS Transit berkata pada Jumaat bahawa 37 khidmat bas akan terjejas akibat penutupan jalan sempena perlumbaan tersebut.

SMRT turut mengumumkan beberapa khidmat bas yang melalui kawasan terjejas tidak akan berhenti di beberapa perhentian bas sepanjang tempoh tersebut.

LTA menasihatkan orang ramai dan pemegang tiket F1 supaya merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk kepada panduan akses jalan raya dan pengangkutan awam.

 
Back
Top
Log in Register