maaf tuan megat, tapi saya suka untuk mengetahui..
Beri bukti yang tidak boleh dicabar bahawa PPSMI :
1. tidak dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
2. akan menggugat prestasi Matematik dan Sains
3. akan mencabar penguasaan Bahasa Melayu oleh murid-murid.
4. akan menyalahi perlembagaan dan mana-mana undang-undang.
5. akan menjadikan seseorang itu kurang Melayunya.
6. akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Ilmu, bahasa pemersatuan dan bahasa rasmi.
aku dah bagi berjibun, kat banyak thread.
http://carigold.com/portal/forums/search.php?searchid=2650931
dan terutamanya yang ini :
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=78224&highlight=ppsmi
sila baca sendiri.
Dan kamu sebagai penyokong PPSMI, yang telah mengadakan PPSMI di sekolah, walaupun ditentang golongan akademik dan pendidik, tanpa perbincangan, tanpa kajian, kamu yang berhutang kepada kami. Hutang penjelasan, hutang pembuktian kerana sudah 6 tahun PPSMI dijalankan yang kami nampak hasilnya gagal.
Jika kamu merasakan kamu tidak gagal, kamu harus kemukakan hujah kamu untuk mewajarkan PPSMI.
Kami juga pembayar cukai, Bahasa Melayu dan budaya Melayu budaya kami.
1. tidak dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
Hanya 4% pelajar yang mendapat manfaat dari PPSMI.
Hanya 33% yang menjawab Sains dalam BI, hanya 44% menjawab Matematik dalam BI.
Berapa peratuskah kandungan BI dalam jawapan kertas matematik?
Satu kajian yang dilakukan oleh seorang profesor linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia, mendapati 98 peratus guru mengatakan murid mereka mengalami masalah dalam mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
2. akan menggugat prestasi Matematik dan Sains
lebih 50% gagal matematik UPSR di Kelantan, Perlis dan Sabah.
4. akan menyalahi perlembagaan dan mana-mana undang-undang.
Sila rujuk laporan polis oleh Gapena terhadap Hishamudin.
Pekeliling dan arahan kepada IPTA untuk menggunakan BI di universiti awam adalah menyalahi perlembagaan, akta pendidikan dan dasar pendidikan negara.
5. akan menjadikan seseorang itu kurang Melayunya.
sila rujuk tulisan Datuk Hassan Ahmad, Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), Anthony Milner, Aminudin Baki, Prof Ungku Aziz, Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, James Collin, A Samad Said,
memetik kata Taufik Ikram Jamil
Melayu itu pada bahasanya!
Dibuang bahasa itu, tiadalah lagi Melayu Tuan.
Goh Chok Tong (27 Julai 1997) sendiri kata :
"Selepas 25 tahun melaksanakan pendidikan dalam bahasa Inggeris, maka kita sudah melahirkan sebuah generasi muda Cina, yang hanya jasadnya Cina, tetapi budayanya bukan Cina lagi.
Kita dapat melihat buktinya dengan mudah. Apabila kita menghantarkan mereka ke negara Barat bagi melanjutkan pelajaran, mereka dengan mudah menyesuaikan diri.
Kemudian, selepas tamat pengajian, mereka tidak pulang lagi ke Singapura. Sekiranya mereka pulang pun, mereka akan membawa teman hidup dari sanal"
6. akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Ilmu, bahasa pemersatuan dan bahasa rasmi.
Pendidikan vernakular selama ni pun dah cukup untuk mensegregasikan kita.
Inikan pula dengan PPSMI?