ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan kanak-kanak prasekolah sambil diperhatikan oleh Mohamad Hasan (tiga dari kanan) ketika merasmikan Matrix Global School (MGS) dan Earth Pyramid Incubation Centre (EPIC) sebuah projek global kemajuan pendidikan di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. Utusan/Abd Razak Aid
SEREMBAN 28 Julai - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara agar modal insan yang terhasil itu holistik dari segi rohani dan jasmani.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal itu termasuklah penambahbaikan kurikulum dan pentaksiran, penguasaan bahasa Inggeris, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran, penglibatan langsung ibu bapa dan sektor swasta.
“Dalam masa yang sama pemantapan struktur dan kepemimpinan di peringkat kementerian, Jabatan Pendidikan negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta peningkatan kompetensi guru juga diberikan fokus,'' katanya.
Beliau berucap merasmikan Matrix Global School (MGS) dan Earth Pyramid Incubation Centre (EPIC), sebuah projek global kemajuan pendidikan di Bandar Sri Sendayan dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said; Pengerusi Matrix Concepts Holdings Berhad, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin dan Pengasas serta Pengarah Urusan Matrix Concepts Holdings Berhad, Datuk Lee Tian Hock.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, penglibatan Matrix Concepts Holdings Berhad dalam matlamat itu adalah tepat pada masanya bagi menyahut aspirasi pendidikan kerajaan.