BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPM Rampas 30,800 Liter Minyak Diesel Diseleweng Bernilai Lebih RM1 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
39ed2d8caf8a00494677e959c4cc83de69d9bebc89d4d

Kredit: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau

Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 30,800 liter minyak diesel bernilai RM1.16 juta dan menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Sin San di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata serbuan pada 5 petang itu dijalankan berdasarkan hasil risikan PPM dan maklumat orang ramai sebelum mengekori sebuah lori yang mencurigakan ke lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kegiatan pemindahan minyak diesel secara tidak sah selain turut menemukan tiga lori, tiga unit skid tank serta 10 tong dram yang dipercayai bagi tujuan penyelewengan bahan kawalan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Amri berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras kegiatan penyelewengan serta penyeludupan bahan kawalan, sekali gus memastikan kestabilan ekonomi serta keselamatan negara terpelihara.

 
Back
Top
Log in Register