Download, simpan dalam phone. Tak ingat boleh baca. Lupa boleh refer.
Doa Makbul - Jumaat
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyebutkan tentang hari Jumaat kemudian beliau bersabda: "Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang dia minta." Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang pendeknya waktu tersebut. [HR. Bukhari 935, Muslim 852]
Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari, terdapat 4 pendapat yang kuat tentang waktu mustajabnya doa tersebut:
1. Ketika imam naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat. Pendapat ini juga dipilih oleh Imam Muslim, An Nawawi, Al Qurthubi, Ibnul Arabi dan Al Baihaqi.
"Waktu tersebut adalah ketika imam naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat" [HR. Muslim 853]
2. Waktu Asar sehingga terbenamnya matahari. Pendapat ini dipilih oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah. Pendapat ini masyhur dikalangan para ulama.
"Dalam 12 jam hari Jumaat ada satu waktu, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan. Carilah waktu itu setelah Asar" [HR. Abu Daud 1048. Al-Albani menyatakan sahih].
3. Waktu Asar, di akhir-akhir hari Jumaat. Pendapat ini berdasarkan oleh riwayat Abi Salamah. Ishaq bin Rahawaih, At-Thurthusi, Ibnul Zamlakani menguatkan pendapat ini.
4. Menggabungkan semua pendapat yang ada. Ibnu Abdil Barr berkata: "Dianjurkan untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa pada dua waktu yang disebutkan". Dengan demikian seseorang akan lebih memperbanyak doanya di hari Jumaat tidak pada beberapa waktu tertentu saja. Pendapat ini dipilih oleh Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu Abdil Barr. Pendapat ini juga dikuatkan oleh Ibnu Hajar sendiri.
Doa Makbul - Hari Rabu di antara waktu Zohor dan Asar
Oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu anhu:
أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا في مسجد الفتح ثلاثا يوم الاثنين، ويوم الثلاثاء، ويوم الأربعاء، فاستُجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين فعُرِفَ البِشْرُ في وجهه
قال جابر: فلم ينزل بي أمر مهمٌّ غليظ إِلاّ توخَّيْتُ تلك الساعة فأدعو فيها فأعرف الإجابة
"Nabi salallahu alaihi wa sallam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu-lah doanya dikabulkan, iaitu di antara dua solat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau."
Berkata Jabir;
"Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada-ku kecuali aku memilih waktu ini untuk berdoa, dan aku mendapati dikabulkan doa-ku"
Dalam riwayat lain:
فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر
"Pada hari Rabu-lah doanya dikabulkan, iaitu di antara solat Zohor dan Asar"
[HR. Ahmad, no. 14603, Al-Haitsami dalam Majma Az-Zawaid, 4/15, berkata: "Semua perawinya tsiqah", Al- Albani menyatakan sahih dalam Sahih At-Targhib, 1185]
The Power Of 3 Qul
Power tak power, bila membacanya, Allah akan mencukupkan hari kita dari segala sesuatu. Amalkanlah sunnah ini.
Cara membacanya: Setiap surah dibaca 3 kali.
"Barangsiapa membacanya 3 kali ketika pagi dan ketika petang maka dia akan dicukupkan dari segala sesuatu."
[HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575. Al-Hafizh Abu Thohir mengatakan sanad hadis ini hasan]
Pendinding Jin
"Barangsiapa membacanya di pagi hari maka akan dilindungi dari (gangguan) jin sampai petang, dan barangsiapa yang membacanya di petang hari maka akan dilindungi dari gangguan mereka (jin)." [HR. Al-Hakim 1/562, disahihkan Al-Albani, Sahih At-Targhiib wat Tarhiib 1/273]
اللّٰـهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ
Allaahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum, laa ta-khudzuhuu sinatuw walaa nauum, lahuu maa fissamaawaati wamaa fil ardhi, man dzalladzii yasyfa'u 'indahuu illaa bi idznih, ya'lamu maa baina aydiihim wamaa khalfahum, walaa yuhiithuuna bisyai-inm min 'ilmihii ilaa bimaa syaa, wasi'a kursiyyuhus samaawaati wal ardhi, walaa ya-uuduhuu hifzhuhumaa, wahuwal 'aliyyul azhiim.
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. [QS : Al-Baqarah : 255]
[ame="https://www.facebook.com/abuaqif.alaman/posts/1914382395462215"]More...[/ame]