BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Porsche, BMW, Alphard Antara 42 Kenderaan Mewah Disita JPJ Kelantan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Porsche, BMW, Alphard Antara 42 Kenderaan Mewah Disita JPJ Kelantan​

08925cda890ba6744a1d337867faa5416a0c6c5183075

c1e602fc227e59e4c32ee8ed8a6223ee6a0c6c74966c6

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Mohd Misuari Abdullah (kiri) bersama pegawai menunjukkan sebahagian kenderaan mewah yang disita pada sidang media Ops Kenderaan Mewah (Luxury) dan Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 di Ibu Pejabat JPJ, Panji hari ini.

JPJ Kelantan menyita 42 kenderaan mewah menerusi Ops Luxury 2.0 yang dilaksanakan di seluruh negeri ini sejak 1 Januari lepas atas pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita 42 kenderaan mewah menerusi Ops Luxury 2.0 yang dilaksanakan di seluruh negeri sejak 1 Januari lepas atas pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata operasi khas itu bertujuan memastikan pemilik kenderaan import dan mewah mematuhi undang-undang jalan raya serta mengelakkan ketirisan hasil kerajaan.

Beliau berkata antara kesalahan utama yang dikesan ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh membabitkan 35 kes, tiada perlindungan insurans (31 kes), penggunaan nombor pendaftaran perdagangan palsu dan pertukaran enjin tanpa kebenaran.

“Operasi di seluruh Kelantan mendapati masih ramai pemilik kenderaan mewah gagal membaharui LKM atau cukai jalan walaupun menggunakan kenderaan bernilai tinggi di jalan raya.

“Ada pemilik hanya memperbaharu insurans tetapi tidak menyambung cukai jalan. Lebih mengejutkan, terdapat kenderaan yang masih digunakan walaupun cukai jalan dan insurans tamat tempoh sejak 2020,” katanya pada sidang media Ops Kenderaan Mewah (Luxury) dan Ops Hari Raya Aidiladha (HRA) 2026 di sini hari ini.

“Semua kenderaan terbabit disita untuk siasatan lanjut selain mengelakkan kesalahan berulang. Antara model yang dikenakan tindakan ialah Porsche 911 GT3, Porsche Panamera V6, Jeep Wrangler, Toyota Alphard, Toyota Vellfire, BMW 528i Limousine, Audi TTS dan Mercedes-Benz,", katanya.

Mohd Misuari berkata hasil operasi itu turut mendedahkan ketirisan hasil kerajaan dianggarkan RM34,547.80 setahun membabitkan bayaran cukai jalan bagi semua kenderaan yang disita.

“Kadar cukai jalan tertinggi direkodkan sebanyak RM6,612 setahun, manakala paling rendah RM70 setahun. Walaupun memiliki kenderaan mewah, pematuhan terhadap undang-undang tetap wajib. JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan jalan raya," katanya.

Beliau berkata status atau pemilikan kenderaan mewah bukan perisai untuk terlepas daripada tindakan penguatkuasaan.

 
Back
Top
Log in Register