combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadli Ramli melihat kenderaan mewah yang telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Ops Luxury di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju hari ini.
Sebanyak 101 buah kenderaan mewah termasuk sebuah Porsche yang dikaitkan dengan seorang selebriti tanah air telah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Ops Luxury di seluruh negara bagi tempoh 1 Jun hingga hari ini.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebanyak 101 kenderaan mewah termasuk sebuah Porsche yang dikaitkan dengan seorang selebriti tanah air disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Ops Luxury di seluruh negara bermula 1 Jun lepas hingga hari ini.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata kenderaan lain yang disita ialah Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, BMW 530e, Mercedes-Benz, Toyota Alphard dan Lotus Elise S yang didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta peraturan berkaitan.
“Kesalahan dikesan antaranya tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans sah, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah, penggunaan nombor pendaftaran palsu, nombor casis tidak padan dengan sistem dan penggunaan ‘trade plate’ palsu.
“Kesemua kenderaan terbabit ditahan di depoh simpanan JPJ untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media operasi terbabit di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan Ops Luxury secara bersepadu itu bertujuan mengekang sikap sambil lewa segelintir pemilik kenderaan mewah terhadap peraturan jalan raya.
“Pemilikan kenderaan mewah bukan lesen untuk mengabaikan undang-undang. Undang-undang negara terpakai kepada semua tanpa mengira status atau jenama kenderaan.
“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi keperluan asas seperti dokumen kenderaan dan lesen memandu sah,” katanya.
Beliau turut menggalakkan orang awam menyalurkan maklumat berhubung sebarang pelanggaran undang-undang trafik melalui aplikasi MyJPJ e-Aduan atau e-mel ke [email protected] dengan butiran lengkap bagi tujuan siasatan.
"JPJ akan terus melaksanakan Ops Luxury secara berkala bagi memastikan hanya kenderaan yang sah, selamat dan berdaftar dibenarkan berada di atas jalan raya. Hal ini penting demi keselamatan pengguna serta integriti sistem pengangkutan negara,” katanya.
Porsche Selebriti Antara 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ Dalam Ops Luxury
JPJ, Ops Luxury, kenderaan mewah, Porsche, Aedy Fa