BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Luxury: JPJ Melaka Sita Enam Kenderaan Mewah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,196
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,196
Reaction score
346
Points
141
955c5243c047cf6949012ac8a0446b756953e4613bb6e

Kredit: JPJ Melaka

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyita enam kenderaan mewah dalam operasi khas Ops Luxury yang dilaksanakan di sekitar negeri itu dari 1 Ogos lepas.

Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata kesemua kenderaan berkenaan disita atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans yang sah.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz dipandu oleh seorang individu yang Lesen Memandu Kompeten (CDL) telah digantung.

"Perbuatan ini merupakan satu kesalahan serius yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Siti Zarina berkata JPJ memandang serius kesalahan memandu tanpa kelayakan yang sah dan menegaskan status kenderaan mewah tidak memberikan sebarang kekebalan daripada tindakan penguatkuasaan.

"Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memandu ketika lesen digantung atau gagal mematuhi syarat pelesenan ditetapkan.

"Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memastikan lesen memandu berada dalam tempoh sah dan tidak digantung, selain memastikan LKM serta perlindungan insurans kenderaan diperbaharu bagi mengelakkan tindakan undang-undang lebih berat dikenakan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register