BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Op Pewa: 11 Lori Bawah 7,500 Kg Antara Kenderaan Disita JPJ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d22fc8545c4a9d7ac394fe1f526b82a8699c50fef0d3c

864bba1d1a0d7382e55aa9f92b0ee8f4699c50bfa37ea

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan (kanan) melihat antara lori yang disita pada sidang media Ops Pewa JPJ Selangor di Stesen Penguatkuasa Jalan Semenyih hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 13 kenderaan barangan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dilaksanakan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) di sekitar Balakong, di sini hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata operasi bermula 6.30 pagi hingga 1.30 tengah hari itu melibatkan 30 pegawai dan anggota JPJ serta 10 pegawai imigresen.

“Kenderaan yang disita itu melibatkan 11 lori bawah 7,500 kilogram, sebuah kereta dan sebuah van dengan kesemua kenderaan diambil tindakan penguatkuasaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dalam operasi itu, tiga kesalahan utama direkodkan ialah tiada lesen vokasional (GDL) dengan 16 kes, diikuti 12 kes tiada lesen memandu kompeten (CDL) dan lapan kes Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Secara keseluruhan, sebanyak 47 notis tindakan dikeluarkan melibatkan pelbagai peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk Notis P22 serta notis di bawah Seksyen 61(1), 63(1) dan 64(1) akta berkenaan.

Dalam operasi sama, JIM menahan 13 warga asing terdiri daripada enam warga Pakistan, lima warga India dan masing-masing seorang warga Nepal dan Bangladesh untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen yang sah dan salah guna permit.

 
Back
Top
Log in Register