combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam
Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) menyita 58 kenderaan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) yang dijalankan di sekitar Wangsa Maju, Setapak dan Gombak.
Pengarah JPJ WPKL Hamidi Adam berkata operasi yang bermula 9 pagi hingga 2 petang itu melibatkan Unit Operasi dan Falcon, hasil risikan mengenai penglibatan warga asing yang memandu tanpa lesen serta dokumen sah.
“Mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada mempunyai lesen kenderaan motor, perlindungan insurans dan lesen memandu.
“Ada cubaan daripada sesetengah warga asing ini untuk melarikan diri, namun kita berjaya menahan kembali mereka dan dibawa ke JPJ WPKL untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di JPJ Wangsa Maju, hari ini.
Beliau berkata operasi itu turut membongkar taktik warga asing membeli kenderaan daripada warga tempatan tanpa melakukan proses pertukaran hak milik secara sah dalam sistem bagi mengelak peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
"Bila kita semak dengan warga asing ni, mereka sebenarnya telah membeli kenderaan tersebut daripada pemilik tapi tidak dibuat secara sah. Dalam sistem tiada pertukaran hak milik dan masih milik warga tempatan,” katanya dan menambah warga tempatan terbabit akan turut dikenakan tindakan undang-undang.
Hamidi berkata sebanyak 58 pemandu warga asing itu, terdiri 15 warga Pakistan, India (13), Indonesia (11), Bangladesh (10), Myanmar (lapan) dan seorang warga Palestin.
Beliau berkata hasil soal siasat mendapati kebanyakan mereka bekerja membawa barang lusuh, selain ada yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan.
Sepanjang operasi itu juga, sebanyak 323 kenderaan telah diperiksa dan 283 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen kenderaan motor, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu.
JPJ WPKL Sita 58 Kenderaan Dalam Operasi PEWA
JPJ WPKL, PEWA, Hamidi Adam, warga asing, sita, ke