BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Kelantan Sita Enam Kenderaan Dalam Operasi Banteras "Teksi Haram" Pelancongan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

JPJ Kelantan Sita Enam Kenderaan Dalam Operasi Banteras "Teksi Haram" Pelancongan​

9d1be538e644177cad6c3e36055d84376a75945b2c8a6


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita enam kenderaan dalam Ops Khas Kenderaan Perkhidmatan Awam dan Kenderaan Perkhidmatan Pelancongan yang dilaksanakan pada 27 dan 28 Julai serta 4 Ogos lepas bagi membanteras penyalahgunaan kenderaan persendirian yang mengangkut penumpang secara berbayar tanpa permit.

Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 81(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan berkaitan pelesenan dan syarat pengendalian perkhidmatan pengangkutan penumpang.

Beliau berkata enam kenderaan yang disita terdiri daripada dua kereta sewa, sebuah kereta sewa pandu pelancongan, sebuah motokar persendirian milik syarikat, sebuah motovan persendirian milik syarikat dan sebuah bas persiaran.

“Operasi khas ini dilaksanakan susulan aduan orang awam serta hasil pemantauan dan risikan penguat kuasa. Antara kesalahan yang dikesan ialah penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa pelancong dari lapangan terbang, terminal, jeti dan lokasi lain ke destinasi pelancongan dengan mengenakan bayaran,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Misuari berkata individu atau syarikat yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan penumpang secara sewaan atau upah tanpa permit sah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 715.

Beliau berkata semua kes sedang dilengkapkan sebelum permohonan dibuat bagi mendapatkan izin Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, manakala kenderaan yang disita akan dilepaskan kepada pemilik selepas siasatan atau prosiding mahkamah selesai mengikut peruntukan undang-undang.

Mohd Misuari berkata mana-mana pihak yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan penumpang bagi tujuan sewaan atau upah perlu memiliki lesen pengendali, lesen kenderaan perkhidmatan awam yang berkaitan serta menggunakan kenderaan yang diluluskan.

“Penyalahgunaan kategori pendaftaran kenderaan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menjejaskan keselamatan penumpang, perlindungan insurans dan hak pengguna, selain mewujudkan persaingan tidak adil kepada pengusaha teksi, e-hailing dan pengangkutan pelancongan yang beroperasi secara sah,” katanya.

Beliau berkata resort, hotel dan syarikat pelancongan juga tidak dibenarkan menggunakan kenderaan persendirian untuk membawa pelanggan secara berbayar tanpa lesen dan permit yang sah.

 
Back
Top
Log in Register