BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Politik identiti masih penentu sokongan pengundi Melayu, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Politik identiti masih penentu sokongan pengundi Melayu, kata penganalisis​

a3fc73b7-melayu-mengundi-resize-bernama-pic-010824.jpg

Penganalisis berkata politik identiti sukar dipisah daripada landskap politik negara kerana hampir semua parti utama termasuk Umno, PAS, Bersatu, DAP dan PKR mempunyai asas sokongan berkait rapat kaum, agama atau kumpulan etnik. (Gambar Bernama)

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, kerjasama BN-PN dijangka menyatukan undi Melayu, sekali gus menjadikan naratif Melayu-Islam sebagai teras kempen kedua-dua gabungan.

“Apabila gabungan BN dan PN ini menjadi payung Melayu yang mungkin membawa sekitar 70% penyertaan orang Melayu, maka naratif Melayu-Islam secara automatik menjadi teras kepada kempen dilaksanakan mereka.

“Adakah orang Melayu ini tidak tertarik dengan isu-isu yang berkait dengan kos sara hidup, pekerjaan dan prestasi kerajaan?” katanya kepada FMT.

Mazlan berkata, hanya sekitar 30% pengundi Melayu lebih berminat terhadap isu ekonomi dan sosial terdiri golongan profesional, berpendidikan, tinggal di bandar serta mempunyai pemikiran lebih terbuka.

Katanya, kumpulan itu lebih cenderung menyokong Pakatan Harapan kerana tertarik naratif yang menekankan tadbir urus, peningkatan taraf hidup, pengurangan kos sara hidup dan peluang pekerjaan.

Sebaliknya, katanya, pengundi Melayu di luar bandar termasuk di kawasan timur Negeri Sembilan, masih kuat dipengaruhi sentimen dan politik identiti.

“Di kawasan bandar, kehidupan orang Melayu bercampur dengan masyarakat Cina dan India, jadi mereka lebih tertarik kepada isu tadbir urus dan ekonomi. Tetapi di luar bandar, mereka masih terikat dengan politik identiti.

“Sebab itu saya melihat kerjasama BN dan PN yang mengumpulkan undi Melayu mampu memberi kelebihan kepada gabungan itu,” katanya.

Pada 27 Julai lalu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata PH dan partinya tidak perlu membuktikan mereka lebih Melayu daripada Umno atau Bersatu, mahupun lebih Islam daripada PAS, semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Katanya, persaingan berasaskan identiti kaum dan agama hanya menjadi ‘zero-sum game’ yang tidak membawa manfaat kepada rakyat, sebaliknya parti politik perlu dinilai berdasarkan prestasi pentadbiran dan keupayaan menyelesaikan masalah sebenar rakyat.

Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata politik identiti sukar dipisahkan daripada landskap politik negara kerana hampir semua parti utama termasuk Umno, PAS, Bersatu, DAP dan PKR, mempunyai asas sokongan berkait rapat kaum, agama atau kumpulan etnik.

“Hakikatnya, politik tanah air ketika ini memang sukar dipisahkan daripada soal bangsa, kaum dan agama. Berhujah berasaskan dasar atau polisi memang baik, tetapi akhirnya ia tetap dikaitkan dengan identiti masyarakat.

“Kalau PKR hanya bercakap tentang dasar dan apa yang telah dilakukan tanpa mengaitkannya dengan kaum atau bangsa, parti itu tidak akan ke mana. Sebab itu PKR perlu bergabung dengan parti lain seperti DAP dan Amanah,” katanya.

Azmi berkata, keadaan itu bukan berpunca daripada parti politik semata-mata, sebaliknya mencerminkan kecenderungan pengundi sendiri.

“Orang politik mengikut apa yang dikehendaki rakyat. Orang ramai lebih selesa apabila parti bercakap tentang bangsa, kaum dan kumpulan etnik mereka serta bagaimana kepentingan itu dipertahankan,” katanya.
 
Ya aku setuju, politik identiti ni memang sukar nak dihapuskan, bukan melayu saja, kaum lain pun ada. Tapi aku yakin ianya akan mencair andai PAS berjaya jadi kerajaan.
 
Back
Top
Log in Register