combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Datuk Dzulkhairi Mukhtar
Polis Melaka menumpaskan satu sindiket penipuan dalam talian yang dipercayai menyasarkan mangsa warga Ecuador, dalam satu serbuan di sebuah premis di Taman Paya Rumput Perdana, Tanjung Minyak, di sini semalam.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata sebanyak 16 individu ditahan terdiri daripada enam lelaki warga tempatan dan 10 lelaki warga asing berumur antara 16 hingga 38 tahun.
"Siasatan mendapati semua individu yang ditahan dipercayai pekerja dan dibayar gaji RM4,000 sebulan oleh ketua sindiket selain menjadikan premis itu sebagai pusat panggilan bagi kegiatan penipuan pekerjaan dalam talian yang menyasarkan mangsa dari negara tersebut.
“Modus operandi sindiket adalah dengan menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram sebelum mempromosikan pelbagai jenis barangan seperti pakaian dan jam tangan menerusi laman sesawang palsu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata mangsa yang terperdaya akan membuat pembelian melalui laman sesawang terbabit sebelum diarahkan melakukan pembelian kali kedua.
“Sindiket turut menawarkan peluang kepada mangsa untuk mencari pembeli lain yang sanggup membeli barangan berkenaan pada harga lebih tinggi, dengan keuntungan kononnya akan dikongsi antara mangsa dengan sindiket.
“Sindiket kemudiannya memaksa mangsa melakukan beberapa siri pembelian sehingga mereka tidak mampu sebelum komunikasi diputuskan, menyebabkan mangsa menyedari ditipu,” katanya.
Beliau berkata semua transaksi dilakukan secara dalam talian menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (USD) dan laman sesawang digunakan adalah palsu serta diwujudkan khusus untuk tujuan penipuan.
Dzulkhairi berkata pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan itu turut dirampas yang dianggarkan bernilai RM20,000, antaranya 16 unit pemprosesan pusat (CPU), 32 monitor, 16 papan kekunci, 16 tetikus, satu modem, dua penghala (router) dan dua port Internet.