BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpas Aktiviti e-waste Di N.Sembilan, Rampasan Bernilai Lebih RM47 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Polis Tumpas Aktiviti e-waste Di N.Sembilan, Rampasan Bernilai Lebih RM47 Juta​

c34cfebb6a65494a4ca5ff517df29b7c6a043d0388015

4bd5478f09fdab725e7d26bddc1e1d496a043d1527307

53742c9d9dbfa4d477b8d580defdbad66a043d23dc6f2

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad (dua, kiri) menunjukkan barang-barang yang dirampas bagi pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram dengan nilai rampasan dianggarkan lebih RM47 juta ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis menumpaskan aktiviti pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram dengan nilai rampasan dianggarkan lebih RM47 juta menerusi serbuan berasingan di tiga premis kilang sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata serbuan yang diadakan di kawasan Perindustrian Nilai pada 15 April dan dua premis di Kuala Sawah pada 6 Mei itu, hasil risikan berterusan pihaknya bersama agensi berkaitan menerusi Ops Waste.

Beliau berkata hasil serbuan di Nilai, polis menahan dua lelaki tempatan berumur 43 dan 37 tahun dipercayai penjaga premis untuk membantu siasatan manakala tiada tangkapan dibuat semasa serbuan di Kuala Sawah.

"Hasil serbuan tersebut pihak JAS menyita barangan disyaki e-waste serta 39 mesin dengan anggaran melebihi RM47,637,000, selain turut mengesan tiga kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan) 2024.

"Manakala Majlis Bandaraya Seremban (MBS) turut mengeluarkan saman di bawah Seksyen 53(1), Seksyen 55(1) Undang-Undang Kecil Iklan serta Seksyen 81(K) selain menyita dan mengarahkan tiga premis tersebut menghentikan operasi serta-merta kerana beroperasi tanpa kelulusan dan lesen yang sah," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JAS Negeri Abdul Aziz Parmin.

Alzafny berkata selain JAS Negeri dan MBS, operasi bersepadu itu turut melibatkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri.

Beliau berkata pihak polis dan agensi berkaitan akan terus menjalankan pemantauan dan risikan secara berterusan bagi membanteras aktiviti pemprosesan e-waste haram yang boleh menjejaskan keselamatan, kesihatan awam dan alam sekitar.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan pihaknya akan terus melakukan pemantauan di media sosial membabitkan komen berunsur provokasi, hasutan atau campur tangan yang boleh menganggu gugat ketenteraman negeri ini berhubung krisis yang berlaku di Negeri Sembilan.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register