Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kastam KLIA Tumpas Empat Kes Penyeludupan Rokok, Ganja Bernilai Lebih RM6 Juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menumpaskan empat kes penyeludupan membabitkan 1.53 juta batang rokok putih dan 60.47 kilogram (kg) bunga ganja dengan nilai keseluruhan rampasan, termasuk duti dan cukai melebihi RM6.17 juta pada Julai lepas.
Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL) Aspalila Ag Tuah (tengah) berkata dua daripada kes itu membabitkan penyeludupan rokok di Zon Perdagangan Bebas KLIA, manakala dua lagi melibatkan bunga ganja, termasuk 47.8 kg dadah bernilai RM3.824 juta yang ditemukan dalam dua bagasi ditinggalkan di pejabat 'Lost and Found', Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal 1 KLIA.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menumpaskan empat kes penyeludupan membabitkan 1.53 juta batang rokok putih dan 60.47 kilogram (kg) bunga ganja dengan nilai keseluruhan rampasan, termasuk duti dan cukai melebihi RM6.17 juta pada Julai lepas.
Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL) Aspalila Ag Tuah berkata dua daripada kes itu membabitkan penyeludupan rokok di Zon Perdagangan Bebas KLIA, manakala dua lagi melibatkan bunga ganja, termasuk 47.8 kg dadah bernilai RM3.824 juta yang ditemukan dalam dua bagasi ditinggalkan di pejabat 'Lost and Found', Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal 1 KLIA.
Beliau berkata dua bagasi berkenaan pada asalnya dijadualkan dibawa menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 14 Julai, namun ditinggalkan penumpang.
Hasil imbasan mengesan imej mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut menemukan bungkusan plastik kedap udara dipercayai mengandungi bunga ganja.
"Syarikat penerbangan telah dipanggil bagi membantu mengesan pemilik bagasi berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Aspalila berkata dalam satu lagi kes dadah pada 13 Julai, JKDM merampas 12.675 kg bunga ganja bernilai RM1.014 juta yang disembunyikan di dalam kotak permainan kanak-kanak.
Beliau berkata dadah berkenaan ditemukan dalam empat bungkusan di cawangan pusat mel dan kurier JKDM KLIA, dan dipercayai hendak dieksport ke sebuah negara di Eropah menggunakan perkhidmatan kargo.
"Modus operandi sindiket adalah dengan menyembunyikan bunga ganja dalam plastik kedap udara sebelum memasukkannya ke dalam kotak permainan kanak-kanak bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes dadah itu masih dalam siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.