combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Polis Tumpas Sindiket Penyeludupan Daging Bernilai RM12.4 Juta Di Kajang
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pada sidang media Op Taring Chiller di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran pelbagai jenis daging bernilai RM12.4 juta menerusi Ops Taring Chiller di Kajang, Selangor, minggu lepas.
Pengarah JKDNKA Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam serbuan pada 14 dan 15 Mei itu, pihaknya menahan lima lelaki termasuk empat warga Myanmar berusia antara 21 dan 43 tahun di sebuah premis di Kajang.
Beliau berkata operasi itu dijalankan oleh Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) JKDNKA Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
"Hasil serbuan, polis merampas 4,840 karton karkas babi, 410 karton kepak ayam dan 115 karton daging itik yang dipercayai diimport dari China, Brazil dan Argentina.
"Jumlah barang yang dirampas ini sebanyak 167,143.73 kilogram menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM12.4 juta," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata siasatan awal mendapati sindiket berkenaan berselindung sebalik perniagaan makanan sejuk beku dengan menjalankan aktiviti penyeludupan produk import yang tidak diiktiraf selain mencampurkan simpanan produk halal dengan produk tidak halal.
Beliau berkata sindiket yang beroperasi sejak empat tahun lepas itu didapati menggunakan pengisytiharan palsu untuk membawa masuk daging berkenaan, sebelum pembungkusan semula bagi dijual di pasaran tempatan pada harga lebih murah.
"Polis percaya kegiatan ini didalangi oleh sindiket yang mempunyai rangkaian tertentu dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan dalang utama, pemodal, serta mana-mana individu lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti ini," katanya.
Mohd Yusri berkata kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah, bekerja tanpa permit, dan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah selain mengikut Perenggan 5 (2) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Perenggan 3 (1) (g) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.
Polis Tumpas Sindiket Penyeludupan Daging Bernilai RM12.4 Juta Di Kajang
JKDNKA, produk daging beku, halal, tidak halal, Da